CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

Peluang Paredes, Di Maria ajar Mbappe

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Argentina, Angel Di Maria (kiri) dan bintang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) akan bertembung pada final Piala Dunia 2022 di Qatar malam esok. - Foto AGENSI

DOHA: Perancis dan Argentina akan bertemu pada final Piala Dunia di Qatar malam esok selepas mengharungi kejohanan menarik yang penuh dengan kejutan.

La Albiceleste bermula dengan cara paling teruk, kalah aksi pertama mereka di tangan Arab Saudi dan sesuatu yang lebih buruk dijangka menimpa pasukan itu.

Bagaimanapun mereka berjaya mengubah keadaan dan sekalipun mereka tidak berdepan laluan paling getir ke final, dengan mengelak pasukan seperti Brazil, Sepanyol, Portugal, England dan Uruguay, anak buah Lionel Scaloni berhak menempah tiket mereka ke Stadium Lusail.

Di stadium itu nanti beberapa pemain Argentina akan bertemu kenalan lama mereka termasuk Kylian Mbappe.

Pemain seperti Leandro Paredes dan Angel Di Maria kurang mesra dengan bintang Perancis itu di Paris Saint-Germain (PSG) dan bersama seorang lagi pemain Argentina yang tidak beraksi pada Piala Dunia, Mauro Icardi, mereka meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu.

Akhbar L'Equipe melaporkan, sejak menandatangani kontrak baharu, Mbappe menjadi bos besar di kelab itu dan dia mahu menyingkirkan semua pemain Argentina kecuali rakan serangannya Lionel Messi.

Selain itu, ia juga menjurus kepada pemecatan jurulatih dari Argentina, Mauricio Pochettino bagi memberi laluan kepada Christopher Galtier.

Messi jelas tidak dapat meyakinkan pengurusan kelab itu untuk mengekalkan warga senegaranya yang meninggalkan kelab juara Perancis itu selepas Mbappe memperbaharui kontraknya.

Kini, dia akan bertemu dua pemain itu di tengah padang. Bekas rakan sepasukan dan sahabat. Secara kebetulan? Misi membalas dendam mungkin berlaku tidak lama lagi. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... i-maria-ajar-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051699 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list