CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

Messi ‘hilang’ dari latihan tiga hari menjelang final

[Copy link]
Post time 17-12-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Argentina menjalani latihan di Universiti Qatar, Doha semalam dalam persiapan menghadapi Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 esok. – AFP



DOHA: Kelibat Lionel Messi antara yang tidak kelihatan ketika Argentina menjalani latihan di Universiti Qatar semalam, sekali gus mencetus kerisauan mengenai kecergasan pemain itu menjelang final Piala Dunia menentang Perancis esok.

Penyerang berusia 35 tahun itu beberapa kali meme­gang bahagian pangkal pahanya ketika Argentina menumpaskan Croatia 3-0 pada separuh akhir, Rabu lalu.

Pengendali pasukan, Lionel Scaloni menjelaskan, ketiadaan Messi bersama beberapa tonggak ketika sesi latihan adalah kerana diberikan cuti rehat.

Selain Messi, pemain lain yang turut berdepan kece­deraan ialah Papu Gomez yang ditimpa masalah buku lali.

Begitupun, Marcos Acuna dan Gonzalo Montiel dijangka kembali daripada penggantu­ngan bagi memperkuatkan juara dunia dua kali itu.



Angel di Maria dan Paulo ­Dybala yang beraksi sebagai gantian ketika menentang Croatia hadir dalam latihan tersebut.

Messi menjadi sandaran utama Argentina untuk berdepan juara bertahan, Perancis kerana sumbangannya besarnya telah membawa skuad Albiceleste mara ke final dengan meledak lima gol dan tiga umpanan.

Perlawanan di Stadium Lusail juga penampilan terakhirnya di Piala Dunia, dan Messi berhasrat untuk memenangi satu-satunya trofi yang tidak pernah diraih dalam kariernya yang gemilang.

“Saya rasa bagus, kuat dan bersedia untuk beraksi dalam setiap perlawanan. Ia tidak mudah kerana kami hadir ke sini dalam keadaan penat tetapi pa­sukan akan mengerahkan kudrat,” kata Messi. – Agensi

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ri-menjelang-final/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.797675 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list