View: 306|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kemaman kekal catat mangsa banjir teramai di Terengganu
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di negeri ini direkod berkurangan berbanding malam tadi dengan daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa paling ramai dipindahkan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan sehingga jam 8 pagi ini, 36,231 mangsa membabitkan 9,739 keluarga ditempatkan di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri ini.
Di Kemaman sahaja, katanya 7,364 mangsa membabitkan 1,971 keluarga dipindahkan di 24 PPS.
Jumlah mangsa di Besut pula direkodkan seramai 6,672 mangsa membabitkan 1,587 mangsa ditempatkan di 66 PPS, manakala di Dungun sedikit bertambah apabila 6,186 mangsa membabitkan 1,619 keluarga berpindah ke 41 PPS.
Di Hulu Terengganu, seramai 5,954 mangsa membabitkan 1,976 keluarga berada di 47 PPS, diikuti 3,895 mangsa membabitkan 988 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS di Kuala Nerus.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Paka membantu mengeluarkan mangsa yang terkandas di rumah mereka disebabkan paras air mula naik di sekitar kawasan Sungai Nyior di Paka. - BERNAMA
Di Kuala Terengganu pula, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 2,863 mangsa membabitkan 751 keluarga.
Jumlah mangsa di Setiu seramai 2,375 mangsa membabitkan 622 keluarga berpindah ke 36 PPS dan akhir sekali di Marang bilangan mangsa banjir semakin berkurang apabila 922 orang membabitkan 225 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
Sekumpulan remaja menunggang kuda di kawasan air bertakung berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan di Pantai Teluk Ketapang di Kuala Terengganu. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ramai-di-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|