CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

Marseille ‘buka pintu’ buat Ronaldo

[Copy link]
Post time 22-12-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO tidak mewakili mana-mana kelab ketika ini selepas kontraknya ditamatkan oleh United sebelum Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung.


MARSEILLE – Walaupun semakin dimamah usia, namun khidmat bintang Portugal, Cristiano Ronaldo masih diburu kelab-kelab gergasi Eropah selepas dilepaskan sebagai ejen bebas oleh Manchester United bulan lalu.

Terbaharu, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dikatakan berminat untuk beraksi dalam kancah Liga Perancis selepas dia didakwa mula mengadakan rundingan bersama Olympique Marseille.

Legenda Marseille, Basile Boli percaya pemain berusia 37 tahun itu berminat untuk beralih angin ke Perancis memandangkan pesaing utama, Lionel Messi beraksi cemerlang bersama Paris Saint-Germain (PSG).

“Sebelum ini pun Cristiano Ronaldo pernah berbincang dengan Olympique Marseille mengenai kemungkinan untuk datang beraksi pada Liga Pe­rancis. Saya fikir, dia tidak patut tangguh lagi keputusan menyertai Marseille.

“Walaupun dia sudah boleh dianggap sebagai veteran, namun saingan Liga Perancis boleh tawarkan sesuatu kepadanya. Kita sendiri boleh lihat bagaimana Messi dapat menyesuaikan diri di sini,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo boleh dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman kerana sudah memenangi banyak gela­ran dalam kancah bola sepak Eropah ketika menyarung jersi United, Real Madrid dan Juventus. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... pintu-buat-ronaldo/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.205256 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list