CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Terengganu] Rugi lebih RM50,000 kedai ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode

WAN Nora bersama suaminya Mohd Noor Abd Ghani, 63, sedang membersihkan kedai miliknya. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Peniaga mengalami kerugian lebih RM50,000 selepas kedai makan dan kedai menjual barangan pertanian yang diusahakan sejak 10 tahun lalu ditenggelami banjir.

Mangsa, Wan Nora Wan Mustaffa, 42, dari Kampung Kepah, di sini, berkata kesemua barangan di dalam kedai rosak kerana gagal diselamatkan berikutan air melimpah dengan pantas.

Menurutnya, banjir kali ini disifatkan lebih buruk berbanding 2014 kerana limpahan air berserta lumpur menenggelamkan kedainya.


"Saya dan suami Mohd Noor Abd Ghani, 63, tidak menyangka air meningkat dengan mendadak berikutan hujan lebat tidak berhenti dari malam hingga ke siang.

"Ketika itu saya bersama ahli keluarga sedang mengemas barang-barang di rumah untuk dialihkan ke tempat lebih tinggi, namun tidak disangka air sungai melimpah dengan cepat.

"Limpahan air sungai bukan saja menenggelamkan rumah, malah kedai yang saya usaha sejak 10 tahun lalu hingga mengakibatkan kerugian lebih RM50,000," katanya.

Menurutnya, dia tidak sempat menyelamatkan barangan berat seperti peti sejuk dan alat memasak yang lain.

Katanya, kedai miliknya terletak di hadapan rumahnya, namun dia reda dengan kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai ujian.

"Akibat banjir besar yang berlaku, saya terpaksa berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara) bersama suami dan lima anak demi keselamatan.

"Walaupun biasa menghadapi banjir setiap tahun, saya tidak menyangka banjir kali ini amat besar hingga tidak sempat membuat persiapan rapi.

"Banjir terbaharu ini adalah kali kedua berlaku selepas kejadian banjir pada Februari lalu yang turut menenggelamkan kedai dan rumah saya," katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Padang Setar Ulu Sat, Latifah Jusoh, 61, berkata kali terakhir banjir besar berlaku di kampung berkenaan pada 1986, namun hanya beberapa rumah sahaja terjejas terutamanya di kawasan yang rendah.

"Kampung kami sudah biasa dilanda banjir, namun setiap tahun paras air hanya sedalam 0.5 meter hingga satu meter sahaja. Pada 2014 lalu pun sama, tetapi pada Februari lalu saja paras air hampir satu meter.

"Namun, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk sejak 36 tahun lalu kerana arus air amat deras sehingga rumah saya dinaiki air hampir paras bumbung," katanya.

Katanya, pengalaman berdepan situasi cemas dan paras air yang tinggi meninggalkan igauan buatnya kerana tidak menyangka akan melalui kejadian seumpama itu pada banjir kali ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ditenggelami-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.320647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list