CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

Gol Richarlison terbaik di Piala Dunia

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Brazil, Richarlison menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menewaskan Serbia pada Piala Dunia dekat Stadium Lusail di Qatar. - EPA

LONDON: Sepakan akrobatik Richarlison berdepan Serbia diundi sebagai gol terbaik pada Piala Dunia 2022.

Gol hebat penyerang Brazil itu hadir pada minit ke-73 ketika pasukan dari Amerika Selatan itu membuka aksi dalam kejohanan seterusnya menang 2-0.

FIFA mendedahkan bahawa jaringan itu dipilih oleh peminat seterusnya menewaskan jaringan dilakukan rakan sepasukan, Neymar serta bintang Perancis, Kylian Mbappe.

Richarlison perlu melakukan banyak perkara apabila menerima bola hantaran Vinicius Jr ketika dia membelakangi gawang.

Penyerang Tottenham itu bagaimanapun melakukan sepakan akrobatik ke penjuru gawang melepasi penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic.

ia adalah gol kedua Brazil pada perlawanan itu dan dia terus mencipta gol hebat ketika pasukannya menang 4-1 mengatasi Korea Selatan.

Gol berkenaan menyaksikan dia mengawal bola ketika diberi tekanan dan bergandingan dengan Marquinhos dan Thiago Silva dengan pemain itu kemudiannya melorongkan bola buat Richarlison menyempurnakannya.

Rakan sepasukannya, Neymar menjaringkan gol hebat pada tambahan masa berdepan Croatia yang ramai menganggap adalah gol terbaik sepanjang kejohanan.

Croatia bagaimanapun menyamakan kedudukan dan layak ke separuh akhir menerusi kemenangan penentuan penalti mengatasi Brazil.

Ramai juga beranggapan voli Mbappe ketika menyamakan kedudukan 2-2 pada final berdepan Argentina boleh menjadi antara pencabar utama anugerah berkenaan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... baik-di-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034596 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list