CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Terengganu] Remuk hati kereta diubahsuai RM40,000 tenggelam banjir

[Copy link]
Post time 24-12-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kereta Proton Wira yang dimodifikasi milik Tuan Mohd Fazzell ditenggelami air di rumahnya. FOTO ihsan Tuan Mohd Fazzell

Besut: Hanya mampu menangis di sisi kereta. Itu yang berlaku sebaik Tuan Mohd Fazzell Tuan Ahmad Sabri, 28, melihat kereta Proton Wira miliknya yang diubahsuai dengan kos RM40,000 ditenggelami banjir di Kampung Alur Keladi di sini, Isnin lalu.

Menurutnya, banjir kali ini paling teruk dialami biarpun saban tahun kawasannya dilanda bencana sama ketika musim tengkujuh.

"Banjir mula berlaku pagi Isnin dan ketika itu air hanya paras tayar kereta saja tetapi kira-kira jam 8 malam, air semakin tinggi dan mula masuk ke bahagian dalam kereta.

"Saya kemudiannya pindahkan kereta ke lokasi lebih tinggi sebelum saya bersama ibu bapa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selama dua hari.

"Paras air setinggi tiga meter di luar rumah, manakala dalam rumah kira-kira semeter dan ini adalah banjir paling serius kerana sebelum ini di bahagian luar rumah hanya setakat paras lutut saja dan air juga tidak naik di tempat kami letak kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Tuan Mohd Fazzell, Proton Wira kesayangannya itu diubahsuai sejak lima tahun menggunakan wang simpanan dari gaji bulanannya.

Katanya, Proton Wira itu diubahsuai dengan pintu kereta boleh dibuka dan diangkat ke atas, sistem bunyi dan aksesori di luar dan dalam bahagian kereta.

"Sekarang kereta saya sudah rosak termasuk enjin dan bahagian dalamnya selain sudah tidak dapat dihidupkan ketika saya pergi ke tempat itu selepas banjir mula surut pada Rabu.

"Susah hati melihat keadaan kereta kesayangan yang kerap dibawa menyertai program kereta dan sudah mendapat 123 trofi kemenangan melalui 'autoshow' kereta, kini sudah rosak dan tersadai dek banjir," katanya.

Menurutnya, fokusnya kini untuk membeli keperluan penting dahulu seperti tilam baharu untuk keselesaan ibu bapa dan perkakas rumah lain yang sudah rosak dalam bencana itu.

"Untuk kereta biarlah dahulu, ada rezeki lebih nanti saya akan baiki kerana untuk baiki dan jadi seperti sebelum ini memerlukan kos yang sangat tinggi," katanya.

Sebelum ini, Tuan Mohd Fazzell kerap berkongsi video mengenai keretanya itu di akaun TikTok dan mendapat perhatian warganet.

Terbaharu, perkongsian mengenai keretanya ditenggelami banjir juga mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan musibah itu.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... 00-tenggelam-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049404 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list