CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Pahang] Cerucuk besi sisa jambatan lama di Sungai Jelai jadi perangkap maut buat penduduk

[Copy link]
Post time 25-12-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Safri menunjukkan cerucuk tiang dan kerangka lantai besi sisa jambatan lama di Sungai Jelai yang menjadi perangkap maut kepada penduduk Kampung Mela, Lipis. NSTP/Amir Hamzah Nordin

LIPIS: Cerucuk tiang dan rangka besi sisa jambatan lama yang merintangi Sungai Jelai di antara Kampung Mela dengan Kampung Gemunchor dianggap perangkap maut kepada penduduk kampung yang sering melakukan aktiviti penangkapan ikan di sekitar kawasan jambatan lama itu.

Lebih parah, struktur jambatan lama itu tidak kelihatan di permukaan air jika paras air sungai meningkat, sekali gus menjadi perangkap maut terutama pada waktu malam.

Struktur jambatan lama itu digunakan pengusaha pembalakan dan penduduk tempatan untuk keluar masuk sebelum jambatan konkrit baharu, Jambatan Gemunchor siap sepenuhnya pada 2015 bagi kemudahan penduduk tempatan.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mela, Mohd Safri Salleh, 42, berkata pihak JPKK sudah mengadakan pertemuan serta berbincang dengan wakil Jabatan Perhutanan Pahang (JPH) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya struktur itu dapat dibersihkan.


Katanya, sisa jambatan lama itu turut menjadi perangkap sampah dan balak hanyut yang boleh mengundang bahaya kepada orang kampung yang menangkap ikan dan pengusaha ikan sangkar berdekatan.

"Kita juga bimbang kemungkinan bot dan perahu yang melalui kawasan itu akan melanggar hujung cerucuk kerangka besi yang tidak kelihatan di permukaan sungai khususnya pada waktu malam dan ketika air sungai naik.

"Jika paras air naik, struktur itu tidak kelihatan dan pemancing menggunakan bot gentian kaca akan melanggarnya terutama pada waktu malam dan boleh mengundang kecelakaan," katanya.

Katanya, pihaknya pernah membawa hal berkaitan kepada pihak berkuasa daerah supaya meminta membersihkan cerucuk tiang dan kerangka lantai berkenaan yang dibina pengusaha pembalakan dulu, tetapi sehingga ini masih tiada tindakan.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Mela, Mohd Rosli Ismail, 63, berkata penduduk berharap ada usaha pihak berwajib membersihkan kawasan cerucuk tiang dan kerangka itu segera.

Katanya, mereka dimaklumkan urusan berkaitan membuang kerangka besi jambatan lama itu sudah dimajukan kepada kontraktor yang dilantik untuk kerja pembersihan, namun sehingga ini keadaan masih tidak berubah.

"JPKK mengutamakan keselamatan pengguna Sungai Jelai khususnya pemancing sungai, penternak ikan sangkar malahan ada penduduk menggunakan bot gentian kaca dan perahu di sungai ini.

"Selain itu, membuang struktur jambatan lama itu boleh melancarkan aliran sungai untuk mengelak timbunan kayu besar dan sampah lain yang hanyut tersangkut pada kerangka besi terbiar ini terutama pada musim banjir," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... jadi-perangkap-maut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.594502 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list