View: 285|Reply: 0
|
[Terengganu]
10 PPS ditutup di Terengganu
[Copy link]
|
|
Keadaan banjir yang semakin pulih di Terengganu, menyebabkan jumlah mangsa semakin berkurangan di PPS. NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, menjadikan hanya 34 PPS masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di tujuh daerah di Terengganu.
PPS yang ditutup adalah empat di Dungun, tiga di Kuala Nerus, manakala masing-masing satu PPS di Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.
Malah, seramai 1,423 mangsa membabitkan 344 keluarga dibenarkan pulang setakat tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, seramai 4,387 mangsa membabitkan 1,307 keluarga masih berada di 34 PPS.
Jumlah mangsa di Kuala Nerus semakin berkurang kepada 1,578 mangsa membabitkan 438 keluarga yang masih ditempatkan di lapan PPS.
Berbanding pagi tadi, Kuala Nerus menjadi daerah teramai apabila seramai 2,210 mangsa membabitkan 574 keluarga di tempatkan di 11 PPS.
Daerah Hulu Terengganu juga merekodkan penurunan apabila seramai 1,105 mangsa daripada 418 keluarga berada di enam PPS.
Di Dungun, enam PPS dibuka bagi menempatkan 575 mangsa membabitkan 164 keluarga, manakala daerah Besut pula seramai 233 mangsa daripada 61 keluarga masih berada di enam PPS.
Jumlah mangsa di Kuala Terengganu juga merekodkan penurunan dengan 769 membabitkan 215 mangsa ditempatkan di enam PPS.
Di Setiu pula, seramai 51 mangsa membabitkan 10 keluarga kini berada di satu PPS berbanding 126 mangsa daripada 23 keluarga berada di dua PPS pagi tadi.
Daerah Marang masih kekal satu PPS dibuka bagi menempatkan 76 mangsa yang membabitkan pelajar madrasah di daerah itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... tutup-di-terengganu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|