CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Kelantan] Jubakar Pantai jadi tumpuan pesta 'sembat' patin

[Copy link]
Post time 26-12-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode
TUMPAT: Setiap kali musim tengkujuh, kawasan pintu air Kampung Jubakar Pantai di sini, umpama tapak pesta apabila menjadi tumpuan kaki pancing yang teruja memburu ikan patin di situ.

Menerusi penggunaan teknik 'sembat' joran tanpa sebarang umpan, ikan patin yang keluar mengikut arus deras pintu air itu ditunggu lebih 50 kaki pancing yang membanjiri kawasan terbabit tanpa mengira masa.

Bagi Azizul Anuar, 33, dia sanggup berulang alik dari rumahnya di Kampung Machang Gochoh, Pasir Mas dekat sini setiap hari sejak lapan hari lalu untuk ke lubuk ikan air tawar itu bagi memburu patin.

Katanya, seawal jam 4 pagi dia sudah mula memacak jorannya dan sejak lebih seminggu dia sudah memperoleh lapan ekor ikan patin yang terus dijual kepada pembeli yang sedia ada di lokasi itu.


"Rata-rata pemancing akan terus menjual hasil 'menyembat' kepada pembeli dengan harga RM15 sekilogram (kg) dan sejak lapan hari di sini, saya sudah memperoleh sekitar RM600 hasil jualannya.

"Ada juga ikan yang berjaya dipancing, saya bawa pulang untuk dimakan seisi keluarga tapi lebih banyak dijual kerana bukan selalu kami mendapat 'durian runtuh' seperti ini.

"Kebanyakan ikan yang berjaya dipancing adalah patin dan sebahagian kecil adalah tapah serta tumang galang dan paling berat yang berjaya dipancing adalah seberat 13.5kg," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati, kaki pancing bukan sahaja memancing dari tebing, malah ada juga yang berada sangat hampir muka pintu kunci air di situ.

Selain pemanding, kawasan sekitar juga dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana kaki pancing menyembat batang pancing masing-masing dan akan sama-sama bersorak jika mata kail berjaya menaikkan hasil.

Kaki pancing, Mat Noor Husin, 40, mengakui musim tengkujuh dan hujan lebat menjadi saat ditunggu-tunggu mereka.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah akan kerap ke pintu air itu setiap hari untuk menyembat patin kerana ketika musim tengkujuh dia kerap tidak dapat bekerja disebabkan ada beberapa kawasan dinaiki air.

"Setakat seminggu menyembat patin di sini saya sudah naikkan empat ekor dengan beratnya mencecah sembilan kilogram dan menjualnya pada harga RM135 seekor," katanya.


Azizul Anuar, 33, (kanan) bersama Mohd Nor Hussin,40, menunjukkan ikan patin yang diperoleh mereka ketika menyembat di pintu air Kampung Jubakar Pantai, Tumpat.

https://www.bharian.com.my/berit ... -pesta-sembat-patin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.451196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list