CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Terengganu] 'Banjir punca harga sayur meningkat tiga kali ganda'

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Fatimah (kanan) melayan pelanggan membeli sayur dijualnya hari ini. NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: Harga sayur-sayuran di daerah ini termasuk bayam, kangkung, kacang panjang, timun dan kailan meningkat hampir tiga kali ganda dengan peniaga mendakwa ia susulan musim tengkujuh yang berlaku sekarang.

Tinjauan dilakukan di Pasar Besar Dungun hari ini mendapati bayam dijual dengan harga RM15 hingga RM16 sekilogram (kg) berbanding RM6 hingga RM7 sebelum ini, manakala kangkung pula RM14 hingga RM15 berbanding RM4 hingga RM5.

Peniaga sayur, Fatimah Abdul Rahman,72, berkata harga sayur petola antara paling tinggi iaitu dijual RM17 berbanding sebelum ini di antara RM5 hingga RM7, manakala kailan dijual RM20 berbanding RM7 hingga RM8 sebelum ini.

Katanya, kenaikan harga sayuran sejak seminggu lalu disebabkan musim tengkujuh dan peniaga menerima bekalan daripada pembekal dengan harga tinggi sejak semalam sehingga hampir tiga kali ganda.


"Peningkatan kenaikan harga sayuran itu berikutan banyak kawasan tanaman sayur ditenggelami banjir dan sejak semalam, harga sayuran semakin naik.

"Kacang panjang dijual RM11 berbanding harga biasa di antara RM6 dan RM 7 sebelum ini, sawi hijau RM12 berbanding RM8, timun besar juga naik dan terpaksa dijual RM6 berbanding RM2 hingga RM3 sebelum ini.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa sebab ambil daripada pembekal dengan harga tinggi," katanya.

Sementara itu, pemborong dan penanam sayur, Roshaisham Yusof, 30, berkata dia mengakui kenaikan harga sayuran berikutan hampir keseluruhan tanaman sayur ditenggelami banjir.

Katanya, selain penanam sayur lain, dia juga turut terkesan apabila tanaman sayuran yang diusahakan di tanah berkeluasan kira-kira 10 hektar musnah akibat banjir.

"Saya tidak menyangka banjir kali ini sangat buruk sehingga tanaman sayuran saya seperti kailan, bendi, kacang panjang, kangkung, ubi keledek, bayam, labu, petola dan sebagainya musnah ditenggelami air sedalam hampir dua meter," katanya.

Beliau berkata, kira-kira 20 lagi penanam sayur di beberapa kawasan di daerah ini turut mengalami nasib sama.

"Kejadian itu menyebabkan kami tidak dapat membekalkan sayuran kepada peniaga di pasar Dungun dan Kemaman, sekali gus menyebabkan peningkatan kenaikan harga sayur," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... kat-tiga-kali-ganda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.181238 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list