View: 3572|Reply: 30
|
"Tutup Muka Sebab Tak Anak Orang Cakap Tentang Wajah Saya,"Ameera Khan Hilang Sebab Rasa Diri Dibenci Masyarakat
[Copy link]
|
|
Pempengaruh popular yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan memberitahu salah satu sebab dia mengambil keputusan menghilangkan diri dari media sosial kerana tertekan apabila merasakan dirinya dibenci masyarakat.
Menerusi pendedahan yang dibuat ketika sesi siaran langsung (live) dalam Instagram pada Ahad lalu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata, dia perlu berehat daripada media sosial selepas berasa tertekan dengan perkara yang dialaminya dalam dunia maya.
Foto: IG
“Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya.
“Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat,” katanya.
Ketika menjawab soalan daripada pengikutnya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh berehat selama enam bulan, Ameera, 22, berkata, dia banyak menyendiri, namun tidak menggalakkan orang lain untuk meniru perbuatan tersebut.
“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca.
“Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat,” katanya.
Dalam pada itu, Ameera juga memberitahu alasan dirinya menutup muka ketika bergambar bersama keluarga kerana dia enggan masyarakat bercakap apa-apa tentangnya.
Katanya, dia tidak mahu netizen mengambil tahu tentang dirinya termasuk mengetahui aktiviti yang dia lakukan sepanjang tempoh berehat.
“Kenapa tutup muka? Sebab saya tidak mahu orang bercakap apa-apa tentang wajah saya. Mereka (netizen) selalu bercakap tentangnya. Saya tidak mahu orang tahu apa-apa tentang saya,” jelasnya.
Ketika sesi itu juga, Ameera turut mengakui dia tidak boleh meninggalkan ‘dunia’ Instagram sepenuhnya 100 peratus kerana telah membesar dengan platform tersebut.
“Saya membesar dengan Instagram. Saya tidak boleh tinggalkannya 100 peratus, cuma saya reset sementara diri daripada semua orang,” ujarnya.
Pada Julai lalu, Ameera tiba-tiba ‘lesap’ dari radar Instagram selepas bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.
Malah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan turut memadam gambar profil dan keterangan biografi dalam Instagramnya sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun pada Sabtu lalu, dia membuat kemunculan semula apabila kembali aktif dalam Instagram sekali gus memberi kelegaan buat pengikut yang merinduinya.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah pulak dgn kebenciaan melayu² ni ek[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dgn muka dia[em:2:] |
|
|
|
|
|
|
|
berapa banyak cerita dia ni...ni bukan artis |
|
|
|
|
|
|
|
baju lmk pakai yg Christian Dior tu macam yg daiyan Trisha pernah pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat dia pelik
Iols lebih faham better ade socmed dri sendirian bahya katanye
Ko x dekawan ke diks
Org lain rilek je xde socmed pi join ape2 aktiviti xde lak rasa sndirian
|
|
|
|
|
|
|
|
sukati ko lah dek. xminat la muka gini |
|
|
|
|
|
|
|
kesian xde kawan, tu la sape suruh xnak pi sekolah dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke ko happy keling orang bercakap pasal ko bimbo ny |
|
|
|
|
|
|
|
patut dia bgtau la mak dia jgn post gbr bersama dia..waima x nmpk muka sekalipn..simpan je gbr2 tu...dah tu nak cmne sbrnnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
membesar dgn social media? atau masih perlukan perhatian dan validation manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
taik lalat tu buat mukaku gatal |
|
|
|
|
|
|
|
tutup muka kalau perangai mengundang
sama je dik |
|
|
|
|
|
|
|
Duit banyak beli hemis, dior.. tp takda duit nak g repair gigi. Macam ikan yu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lyshafull replied at 28-12-2022 10:25 PM
Ayat dia pelik
Iols lebih faham better ade socmed dri sendirian bahya katanye
Ko x dekawan ke diks
Kawan2 pon xnak kawan dia agak ya. Sek sek dio jah good good sokmo???? .. jenis belagak kot hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cari publisiti sendiri buat onar lps tu kena kecam netizen yg disalah kan???? |
|
|
|
|
|
|
|
kawan sheols semua lagi tua dari dia, sheols macam takde kawan sebaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la bergambar kalau macam tu... Tak susah pun. Lagi susah nak bergambar tapi nak kene sorok muka. Macam takde keje je plak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|