View: 18816|Reply: 116
|
Pelakon ditahan pandu melulu selepas gaduh dengan kekasih
[Copy link]
|
|
AMPANG JAYA: Tindakan seorang selebriti memandu kereta secara melulu menyebabkan seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan itu dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.
“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, hari ini.
“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.
“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial, hari ini. – HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Dasyat siap lempar awek kat tengah jalan. Kalau masih berkapel lagi pasni awek tu memang seorg yg tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi je pon. Pelakon extra je kot haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tgk video ni tadi, tapi tak sangka pulak perempuan tu tercampak drp MyVi tu. Ingat pembonceng motor mana2. Tadi tak terfikir pulak, padahal takde helmet. |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon tambahan?? siapa...ahh lantak lah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa pandu secara zig zag gitu? Meolss speku dia tgh gaduh dgn awek dia, tu yg bawak kete laju2. Awek dia terjun keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo pelakon sendu dedek bolayan tak hingin tau kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Red alert lelaki ni
Tak boleh kawal emosi bila bertengkar
Lari je la pempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
pompan tu xpakai seatbelt kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tercampak keluar tu nasib x arwah kena gelek dgn kete
Bahaya dan membahayakan org lain je dah
Driver kete tu aku malas nak speku sebab nnt ntah sapa2 ntah xfamous pun |
|
|
|
|
|
|
|
gila lah kalau nak malang mati perempuan tu kena gilis. harap mak ayah perempuan tu gi buat report and saman. jantan macam ni memang red flag ye jangan teruskan perhubungan. |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 29-12-2022 12:59 AM
Mesti pelekon sendu
sendu sgt ni. myvi pn myvi lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon sendu dalam drama sejuk beku..mmg susah nk teka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan pun... kalau pelakon sambilan sendu takyah la ajak natizen bergosip... penat nak teka... |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yang tercampak tuh macam orang india |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon pak pacak... mmg susah nak teka. sapa yg dapat teka tu tahniah! |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun hujung hujung plot twist ada perempuan atas jalan.. lari je la dik oi selagi boleh lari.. toksah bertahan dgn lelaki gini.. meols ingat myvi baru awal awal video |
|
|
|
|
|
|
|
Langgar kereta putih kat lane kiri lagi. Pelakon apa yg setan perangai ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|