CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

Pengerusi Hup Seng letak jawatan

  [Copy link]
Post time 30-12-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Hup Seng letak jawatan


Hup Seng Industries Bhd


KUALA LUMPUR: Datuk Keh Chu Koh meletak jawatan sebagai pengerusi Hup Seng Industries Bhd (Hup Seng) berkuat kuasa 30 Disember 2022.

Hup Seng dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Chu Koh, 79, meletak jawatan daripada jawatan yang dipegangnya sejak Februari 2003 dalam syarikat pengeluar biskut itu atas alasan peribadi.

Chu Koh adalah abang kepada Pengarah Urusan Hup Seng, Kerk Chiew Siong, serta bapa saudara Pengarah Eksekutif kumpulan itu, Kerk Chian Tung serta tiga Pengarah Hup Seng iaitu Teo Lee Teck, Kerk Kar Han dan Kuo Liong Yok.

Chu Koh bertanggungjawab merancang perniagaan strategik kumpulan dan pembangunan pengeluaran termasuk pemasangan pelbagai kemudahan pengeluaran di kilangnya.


Beliau juga mengetuai pasukan penyelidikan dan pembangunan kumpulan dalam memperkenalkan barisan biskut baharu.

"Beliau menyumbang dalam mendapatkan pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan British Retail Consortium (BRC) untuk Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd pada 2008 dan ISO 22000:2005 pada 2012, bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk. adalah selaras dengan piawaian global," katanya.

Chu Koh memegang 0.91 peratus kepentingan langsung atau 7.31 juta saham dalam kumpulan, serta 0.59 peratus kepentingan ekuiti tidak langsung (4.75 juta saham).


Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... -seng-letak-jawatan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list