View: 326|Reply: 0
|
[Johor]
Reman 5 suspek kes dera bersambung hingga 7 Januari
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Batu Pahat melanjutkan tempoh perintah reman lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun di Senggarang, bermula esok sehingga 7 Januari ini. - Foto NSTP/Mohamad Fahd Rahmat
BATU PAHAT: Mahkamah Majistret Batu Pahat melanjutkan tempoh reman lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun di Senggarang bermula esok sehingga 7 Januari ini.
Majistret Zubaidah Mahat membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Shafiq Mohd Salleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat terhadap suspek termasuk sepasang suami isteri.
Semua suspek termasuk kakak kandung mangsa dan rakan sebelum ini direman tujuh hari berakhir hari ini.
Terdahulu, suspek yang berumur antara 15 hingga 37 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi polis.
Disyorkan Untuk Anda
Kanak-kanak empat tahun mati dipercayai didera
Permaisuri Johor harap masyarakat peka lindungi kanak-kanak
Hukuman lebih berat kepada pendera kanak-kanak
Luluh hati tahanan wanita ketika tatap wajah anak buat kali terakhir
Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang, di sini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.
"Pada awalnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-hingga-7-januari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|