View: 313|Reply: 0
|
[Pahang]
FAMA bantu edar 201,000 telur di Pahang
[Copy link]
|
|
Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri (kiri) bersama sebahagian telur yang diedarkan FAMA kepada pengguna di Pahang. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mengedarkan lebih 201,000 telur ayam gred A, B dan C bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.
Pengarah, Saiful Sadri, berkata pihaknya mula menerima bekalan daripada Melaka pada 16 November lalu hingga kelmarin dengan tiga kali penghantaran membabitkan kira-kira 90,000 biji bagi sekali penghantaran.
Menurutnya, pihaknya mengagihkan bekalan telur kepada lebih 15 penjual terdiri daripada usahawan bimbingan FAMA seperti AgroBazar Rakyat, Pusat Khidmat Pemasaran FAMA (PKPF), peniaga pasar tani, pemborong, pekedai runcit dan FAMA daerah.
Katanya, telur yang dibekalkan FAMA sekurang-kurangnya dapat menampung bekalan sumber makanan berkenaan yang terjejas sebelum ini, disebabkan berlakunya kekurangan pengeluaran.
"Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dalam masa beberapa jam sahaja telur habis diagihkan kepada usahawan termasuk pengguna.
"Telur dijual mengikut harga kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), usahawan berpuas hati apabila mendapat bekalan telur pada harga kawalan," katanya, di sini semalam.
Beliau menambah, selain telur gred A, B dan C pihaknya turut membekalkan telur omega yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun harganya lebih mahal berbanding telur biasa.
Saiful berkata, pengunjung Pasar Tani Kekal di Jerantut dan Pekan termasuk Pasar Tani Beserah serta Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, berpeluang membeli telur yang dijual oleh usahawan FAMA yang dilantik.
Beliau berkata, pengguna yang ingin mendapatkan telur daripada FAMA boleh membeli secara dalam talian, baucar RM10 diberikan kepada mereka yang membeli RM30 ke atas bagi 1,000 pembeli pertama.
"Kita akan terus mengedar telur ayam selagi ada permintaan daripada pengguna, proses membawa masuk telur ayam akan dilakukan tahun depan. Jumlahnya bergantung pada permintaan daripada usahawan.
"Kita akan bekerjasama dengan usahawan bagi mendapatkan maklumat berkaitan permintaan daripada pengguna sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya yang berharap isu berkaitan kekurangan telur ayam dapat diselesaikan tahun depan.
https://www.bharian.com.my/berit ... 000-telur-di-pahang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|