CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pahang] Kijing muncul tengah sawah

[Copy link]
Post time 1-1-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Pekan: Kemunculan kijing iaitu sejenis hidupan air tawar di sawah Kampung Lepar, Pahang Tua di sini, sejak lebih seminggu lalu menarik perhatian ramai.

Aktiviti mencari hidupan dalam lumpur di dasar parit dan tali air menyerupai lokan itu dilakukan penduduk setempat, berikutan ketika ini air surut.

Penduduk perumahan Taman Sepekan Jaya, Khairul Anuar Mohd Khalyubi, 45, berkata, kebiasaannya kijing hanya terdapat di Sungai Pahang namun kali ini ia muncul dalam tali air sawah dengan jumlah yang banyak.

Menurutnya, dia mula mencari kijing minggu lalu selepas rakan memberitahu hidupan air itu banyak dalam tali air sawah Kampung Lepar berikutan paras air semakin surut selepas banjir.

Katanya, kijing tidak asing bagi penduduk daerah ini apabila muncul sepanjang tahun di beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang yang berlumpur.

"Ketika zaman kanak-kanak, saya dan penduduk kampung biasa mencari kijing di kawasan sepanjang Sungai Pahang yang berlumpur terutama ketika air sungai surut.

"Bagaimanapun, ini kali pertama saya sekeluarga mencari kijing dalam tali air sawah," katanya, di sini semalam.

Dia berkata, air Sungai Pahang yang dipam ke dalam tali air untuk projek tanaman padi mungkin membawa bersama benih kijing yang kemudiannya membiak.

Khairul Anuar berkata, aktiviti mencari kijing dalam tali air tidak susah, kaki digunakan untuk mengesan kedudukan hidupan berkenaan yang berada dalam lumpur tebal selepas itu proses mengambil dan mencuci menggunakan tangan.

"Saya datang mencari kijing bersama keluarga pada waktu petang, dalam masa kira-kira sejam kami mampu membawa pulang antara sepuluh hingga 15 kilogram kijing setiap kali datang.

"Cabaran mencari kijing ialah berada dalam tali air dan lumpur tebal, keseronokan terasa apabila berjaya mengumpul kijing dalam jumlah yang banyak dengan pelbagai saiz," katanya.

Bagi Nurhanisah Shamsudin, 35, walaupun terdapat banyak lintah sawah namun kerana ingin mencari kijing ia tidak menjadi halangan untuk dia berada dalam tali air.

"Anak saya pernah digigit lintah ketika mencari kijing sebelum ini namun tidak serius, apabila naik ke darat melihat lintah melekat pada betis.

"Walaupun penat berada dalam tali air sambil berjalan atas lumpur yang tebal namun kerana minat dengan aktiviti mencari kijing semua itu tidak menjadi halangan," katanya berasal dari Kampung Cherok Paloh, di sini.

Nurhanisah berkata, kijing boleh dimakan dengan cara membakarnya, selain goreng pedas, masak lemak, rebus dan sambal tumis. Sebelum dimasak kijing perlu direndam dalam air satu malam bagi membuang lumpur.

"Mereka yang tinggal berhampiran Sungai Pahang tidak asing dengan hidupan air seperti kijing dan kepah, pesta mencarinya akan berlaku setiap tahun yang menjadi sebagai riadah penduduk kampung dan pelancong luar," katanya.


Kijing yang berjaya dikumpul dalam tali air di sawah Kampung Lepar, Pahang Tua. FOTO MOHD RAFI MAMAT

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engah-sawah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.415397 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list