View: 386|Reply: 0
|
[Terengganu]
ILP bantu baiki barangan elektrik mangsa banjir secara percuma
[Copy link]
|
|
Kuala Nerus: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu tampil membantu mangsa banjir dengan membaiki peralatan elektrik yang ditenggelami air.
Program dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh itu membabitkan seramai 70 penuntut dan 20 tenaga pengajar institut terbabit untuk memberi khidmat secara percuma.
Pengarahnya, Kamaludin Tomiran berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk membantu meringankan beban lebih 1,000 mangsa banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak di sini.
Menurutnya, pihaknya akan cuba menyiapkan barangan elektrik dengan kadar segera kerosakan yang berlaku antaranya kipas, mesin basuh, peti sejuk, televisyen dan ketuhar.
"Program yang kita lakukan ini bukan kali pertama diadakan, malah kita percaya dengan kepakaran yang ada barangan yang ditenggelami banjir ini dapat dibaik pulih semula.
"Sekurang-kurangnya sumbangan yang kita berikan ini mampu mengurangkan beban kepada mangsa banjir yang sudah mengalami kerugian ribuan ringgit akibat musibah baru-baru ini," katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Kamaludin berkata, pihaknya juga ada menerima permintaan untuk membantu membaikpulih barangan elektrik mangsa banjir di Besut.
Menurutnya, pihaknya akan menyelesaikan di sekitar daerah ini terlebih dulu dan jika kesempatan akan ke Besut selepas ini.
"Tahun lalu, kita membaikpulih barangan elektrik juga secara percuma kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu dan hampir 90 peratus kerosakan yang ditenggelami banjir dapat dibaiki," katanya.
PENUNTUT bersama tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu tampil membantu mangsa banjir dengan melakukan baikpulih peralatan elektrik yang ditenggelami air secara percuma di perkarangan Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak. FOTO Ghazali Kori
Seorang penduduk, Suhaila Wahid, 47, berkata, dia berterima kasih kepada ILP Kuala Terengganu dan pejabat DUN Tepoh membantu meringankan beban mangsa banjir dengan baik pulih secara percuma.
Dia yang juga suri rumah berkata, jika program itu tidak diadakan mereka mungkin perlu mengeluarkan modal lebih besar dengan menghantar barangan rosak ke kedai atau membeli dengan yang baru.
"Saya bersyukur sangat kerana program ini sedikit-sebanyak membantu penduduk membantu baik pulih kerosakan barangan seperti peti sejuk dan mesin basuh.
"Bagi saya, kalau boleh baiki kita cuba baiki dulu dan wang yang ada dapat membeli barangan lain seperti katil dan tilam," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zulkifly Mohd Jaafar, 42, berkata, dia mengalami kerosakan lebih 10 barangan elektrik ditenggelami banjir yang melanda rumahnya baru-baru ini.
"Saya tidak tahu program ini diadakan kerana separuh daripada barangan elekrik yang ditenggelami banjir sudah dibuang ketika pembersihan dibuat baru-baru ini.
"Bagi saya program ini bagus untuk mangsa banjir dan berterima kasih kepada penganjur kerana kita berasakan barangan yang ditenggelami banjir ini sudah tidak boleh diguna pakai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ara-percuma-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|