CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

EPL: Pep Guardiola belum hilang keyakinan

[Copy link]
Post time 2-1-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

HAALAND meledak gol pembukaan, namun City gagal menghalang Everton daripada mendapatkan gol penyamaan. – AFP

EPL: Pep Guardiola belum hilang keyakinan


MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola masih lagi optimis dengan kemampuan pasukannya untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris biarpun sekadar terikat 1-1 menentang Everton pada aksi di Etihad kelmarin.

Penyerang sensasi City, Erling Haaland terlebih dahulu mem­buka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas menyudahkan hantaran lintang rendah daripada Riyad Mahrez sebelum mereka terus menguasai babak pertama, namun gagal menambah jari­ngan.

Separuh masa kedua me­nyaksikan Everton melakukan beberapa gerakan berbahaya menerusi serangan balas pantas dan akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Demarai Gray yang bijak mengelirukan penjaga gol City, Ederson.

Keputusan seri itu menyaksikan City ketinggalan tujuh mata di belakang Arsenal yang berjaya menewaskan Brighton, namun Guardiola masih lagi positif de­ngan persembahan dipamerkan oleh para pemainnya biarpun kehilangan dua mata berharga.

“Ia adalah aksi yang baik. Kami bermain dengan baik dalam tiga aksi terakhir dan itu membuatkan saya optimis pasukan ini masih berada dalam saingan untuk memburu gelaran.

“Kehilangan dua mata di tempat sendiri memang sesuatu yang sukar diterima, tetapi saya sentiasa cuba untuk memastikan pasukan ini bermain dengan baik dan kami perlu teruskannya.

“Mereka meletakkan lapan pemain di bahagian pertahanan. Dalam situasi ini, kami perlu me­lakukan gerak pada masa yang tepat dan kami berjaya melakukannya.

“Kami tidak membenarkan mereka melakukan transisi permainan. Mereka berjaya menghasilkan gol yang baik, namun secara keseluruhannya kami telah melakukan tugas dengan baik,” jelasnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... m-hilang-keyakinan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.084645 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list