View: 353|Reply: 0
|
[Kelantan]
Suami isteri buntu fikir kos bedah jantung anak RM50,000
[Copy link]
|
|
MAIZATUL Aisyah Umairah Mohammad (kanan) bersama ibunya menunjukkan kad rawatan doktor di rumahnya di Kampung Beris Panchor, Bachok Kelantan.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Oleh Azman Bin Ibrahim dan ROSLIZA MOHAMED
3 Januari 2023, 9:20 am
BACHOK: Sepasang suami isteri dari Kampung Beris Panchor di sini buntu memikirkan masa depan anak perempuan mereka yang memerlukan perbelanjaan RM50,000 untuk menjalani pembedahan dengan kadar segera.
Jumlah tersebut diperlukan oleh Mohammad Yacob, 55, dan pasangan, Yah Abu Danah, 56, untuk proses pembedahan injap jantung dan pemasangan bateri di dalam badan anak bongsu mereka, Maizatul Aisyah Umairah, 18.
Mohammad mendedahkan, dia dan isteri tidak mampu menyediakan perbelanjaan tersebut yang disifatkan cukup tinggi.
Menurutnya, setakat ini mereka hanya mampu mengumpul sumbangan daripada orang ramai lebih RM10,000.
“Saya dan isteri berharap sangat jika ada pihak yang sudi membantu bagi menampung baki kos pembedahan Maizatul Aisyah Umairah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Maizatul Aisyah Umairah memberitahu, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera selepas doktor mengesahkan kedua-dua injap jantung miliknya sudah rosak.
Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan doktor mengesahkan pembedahan segera perlu dijalankan selewat-lewatnya pada Februari depan.
“Pada masa yang sama, pembedahan ini bertujuan mengelak berlaku darah beku pada dalam anggota badan kerana jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik.
“Pemeriksaan pada denyutan nadi jantung juga tidak normal apabila mencatatkan bacaan antara 37 hingga 40 perminit,” ujarnya.
Orang ramai boleh menyalurkannya ke dalam akaun Agro Bank 2006631000387110 (Mohammad Yacob) atau hubungi 011-25509530. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ntung-anak-rm50000/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|