View: 315|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sektor pertanian, perikanan kerugian hampir RM50 juta akibat tengkujuh
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Terengganu: Sektor pertanian dan perikanan di Terengganu menanggung kerugian dianggarkan RM50 juta akibat banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) pertengahan bulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, jumlah keseluruhan petani, penternak dan perikanan yang mengalami kerugian akibat bencana alam itu adalah seramai 3,697 orang.
Daripada jumlah itu katanya, sektor pertanian kerugian sebanyak RM40 juta membabitkan seramai 2,555 petani dan pesawah.
"Jumlah penternak dan nelayan yang mengalami kerugian adalah seramai 361 orang membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM6.2 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Sektor Pertanian negeri di sini, hari ini.
Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun.
Pada majlis itu, Dr Azman turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Persijilan Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP) dan Skim Persijilan Organik (myOrganic) 2022 kepada 52 peserta.
Mengulas lanjut, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi berkata, jumlah penternak yang kerugian adalah seramai 781 membabitkan kerugian sebanyak RM3.4 juta.
Katanya, nilaian kerugian dialami sektor pertanian, penternakan dan perikanan itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bencana Pertanian Negeri (TBPN).
"Jawatankuasa TBPN akan mengadakan mesyuarat dan membuat penilaian jumlah ganti rugi kepada golongan berkenaan.
"Semua agensi kerajaan dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan diberi tempoh sehingga pertengahan bulan ini untuk mengemas kini data jumlah golongan yang terkesan dan kerugian dialami untuk dibentangkan pada mesyuarat TBPN," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-akibat-tengkujuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|