CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Pahang] Hati-hati tekan pautan

[Copy link]
Post time 7-1-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan

Kuantan: Pegawai latihan vokasional kerugian RM23,514 selepas terpedaya dengan tawaran kad tambah nilai murah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam laporan yang dibuat lelaki berusia 55 tahun itu semalam, dia melihat iklan penjualan kad Touch 'n Go (TNG) Komunikasi Medan Dekat (NFC) murah di laman Facebook, kelmarin.

Katanya, mangsa kemudiannya berurusan dengan suspek yang menyamar sebagai ejen jualan kad terbabit.

"Mangsa berminat dengan tawaran pakej famili iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32 dan menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

"Pada masa sama, mangsa mengisi maklumat akaun bank seperti nama pengguna dan kata laluan untuk proses pembayaran tetapi tidak berjaya.

"Bagaimanapun, mangsa mendapati wang dalam akaun berjumlah RM23,514.70 lesap tanpa pengetahuannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihati supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.

"Sebaiknya tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak ketiga atau di dalam seberang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-hati-tekan-pautan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.175386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list