CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Johor] Pensyarah rugi RM1.3 juta diperdaya scammer

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman pada sidang media di IPK Johor hari ini. NSTP/ OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Seorang pensyarah wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerugian RM1.3 juta selepas diperdaya individu menyamar pegawai polis yang mendakwa mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

Wanita berusia 41 tahun itu mendakwa, seorang lelaki mengaku 'Inspektor Ku' menawarkan bantuan dan mengarahkannya membuka akaun bank baharu bagi menyelesaikan kes dihadapinya itu sebelum suspek berjaya memindahkan semua wang mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita itu kelmarin, selepas mangsa menyemak akaun banknya pada awal bulan ini dan mendapati semua wangnya sudah dipindahkan.

"Pada mulanya, mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang memperkenalkan diri dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendakwa mangsa terbabit dalam pemalsuan laporan COVID-19 di Sabah.


"Mangsa menafikan dakwaan itu dan kemudian panggilan telefon terus disambungkan kepada individu kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bernama 'Inspektor Ku'.

"Lelaki menyamar pegawai polis itu pula memberitahu mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa yang menafikan semua dakwaan itu kemudian diminta membuka akaun bank baharu dan menyerahkan kata laluan perbankan secara dalam talian serta mendaftarkan nombor telefon yang diberikan suspek.

Beliau berkata, mangsa kemudian mengikut arahan 'pegawai polis' terbabit untuk memindahkan semua wang ke dalam akaun baharu itu sebagai alasan untuk simpanan selamat sementara kesnya disiasat.

"Antara 17 Oktober 2022 hingga 25 November 2022, mangsa memindahkan wang berjumlah RM1.3 juta ke akaun baharu itu.

"Mangsa sedar ditipu apabila wang dalam akaun baharunya itu ada transaksi pemindahan ke beberapa akaun lain tidak dikenali sebelum membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, satu lagi kes membabitkan sindiket penipuan apabila seorang lelaki berusia 49 tahun menjadi mangsa wakil penjual sebuah syarikat secara dalam talian di daerah ini, baru-baru ini.

"Mangsa ditipu syarikat berkenaan yang menjanjikan keuntungan mudah dengan melaburkan sejumlah wang. Mangsa pada mulanya melabur wang RM800 dan mendapat keuntungan RM2,100.

"Disebabkan terpedaya dengan keuntungan mudah yang diperoleh itu, mangsa seterusnya melabur RM85,000 dan menyedari dirinya ditipu selepas tidak mendapat sebarang pulangan," katanya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mendakwa terbabit dalam aktiviti jenayah.

"Kita menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi Whoscall yang membolehkan kita mengesan panggilan daripada 'scammer'," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-diperdaya-scammer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list