CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

[Johor] Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti

[Copy link]
Post time 11-1-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Kapal Kargo Mv Dai Cat 06 yang didaftarkan di Malaysia dipercayai membawa muatan besi dan lima kru dilaporkan hilang dikesan pada (1 Januari 2023) di kedudukan 6.5 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Penyusop pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor hari ini. - Foto ihsan FB Maritim Johor

JOHOR BAHRU: Identiti lima kru kapal Kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Indonesia, Isnin lalu sudah dikenal pasti.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata tiga daripada lima kru berkenaan adalah warganegara Malaysia iaitu pegawai kanan Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24; dua kelasi Mohammad Sudeh Sudin, 20, dan Derrent Littor, 22.

Beliau berkata dua lagi kru kapal adalah warga Indonesia iaitu nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, serta ketua jurutera Damai Papane Ole, 57.

"Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Johor Bahru telah menerima makluman dari pihak Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya pada 11 malam tadi bahawa pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Republik Indonesia akan mengkoordinasikan pencarian kapal kargo MV Dai Cat 06 berdasarkan maklumat berkemungkinan kapal berada dalam perairan Indonesia.


"Sehingga kini, tiada maklumat terkini penemuan kapal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Nurul Hizam dilaporkan berkata kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan membawa muatan 527 batang paip bernilai RM726,205 serta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia, pada Isnin.

Laporan kehilangan kapal kargo dibuat ejen kapal terbabit pada 12.11 tengah hari, hari yang sama. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... at-06-dikenal-pasti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list