View: 391|Reply: 0
|
[Johor]
Peneroka felda resah, gajah musnah kelapa sawit
[Copy link]
|
|
MOHD Isa menunjukkan kelapa sawit dirosakkan gajah di kebunnya di Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Kluang: Lebih 700 peneroka di Felda Bukit Tongkat dan Ulu Belitong di sini berdepan risiko kehilangan mata pencarian apabila tanaman kelapa sawit mereka di tanah seluas kira-kira 8,000 ekar diancam serangan gajah yang mula serius sejak setahun lalu.
Mereka tertekan kerana proses penanaman semula kelapa sawit akan memakan masa bertahun lamanya untuk mengeluarkan hasil yang baharu.
Malah jika peneroka nekad melakukan penanaman semula, mereka perlu bersedia berdepan dengan kerugian lebih besar kerana kawasan di kebun kelapa sawit di sekitar felda berkenaan itu sudah mula dihuni lebih 20 gajah.
Mohd Isa Murah, 63, berkata dia kerugian berpuluh ribu ringgit selepas 300 pokok kelapa sawit yang ditanam di atas tanah berkeluasan 10 ekar musnah akibat serangan kumpulan gajah pada malam Selasa lalu.
Katanya, dia tidak punya pilihan lain melainkan terpaksa berjaga pada waktu malam hingga awal pagi di kebunnya bagi menghalau kawanan itu memusnahkan 280 pokok lain yang tinggal.
"Kemusnahan berskala besar ini adalah pertama kali dialami saya yang menjadi peneroka di Felda Bukit Tongkat sejak 36 tahun lalu.
"Kumpulan gajah ini makan umbut kelapa sawit lalu memusnahkan pokok itu sekaligus menyebabkan peneroka yang terpaksa menanggung kerugian.
"Sebelum ini, hasil tuaian kelapa sawit di kebun boleh mencecah berat sehingga enam tan dengan dengan harga jualan semasa adalah RM700 setan.
"Saya tiba-tiba hilang pendapatan kira-kira RM4,200 pada bulan ini dan memang tertekan kerana keadaan ini akan berterusan.
"Selagi isu gajah tidak diselesaikan pihak berkuasa selagi itulah kami tak boleh nak tanam semula," katanya ketika ditemui hari ini.
Hamdan Montel, 70, pula berkata dia tertekan kerana sudah kehilangan pendapatan kira-kira RM10,000 selepas 100 pokok kelapa sawitnya dimusnahkan gajah pada pertengahan tahun lalu.
Katanya, kerana tidak berani mengambil risiko menanam semula selain ketiadaan modal dia sebolehnya mahu memohon ditempatkan di kawasan felda lain yang tidak terjejas dengan serangan gajah.
"Sebelum kejadian 100 pokok saya dimusnahkan memang sudah ada serangan gajah tetapi jumlah pokok yang rosak tidak banyak sekitar 10 pokok.
"Saya bimbang pokok sawit yang akan ditanam akan dirosakkan semula gajah liar. Kalau tanam yang lain, seperti sayur pun sama juga akan dirosakkan gajah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... musnah-kelapa-sawit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|