CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Johor] Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram

[Copy link]
Post time 14-1-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Dua kapal dari Hong Kong dan Panama ditahan di Perairan Johor Timur kerana bersauh tanpa kebenaran, semalam. NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua kapal asing kerana bersauh secara haram di perairan Johor Timur, di sini, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam, berkata bot ronda Maritim melakukan penahanan pertama terhadap kapal pengangkut dari Hong Kong, kira-kira jam 1 petang pada kedudukan 23.9 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

"Selepas pemeriksaan, mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Kapal pengangkut tanpa muatan itu dikendalikan 19 kru lelaki termasuk nakhoda warga Filipina dan China berusia 25 hingga 53 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Najib berkata, penahanan kedua membabitkan kapal tangki dari Panama pada kedudukan 31 batu nautika timur laut Tanjung Gemoh, pada jam 4.10 petang kerana melakukan kesalahan sama.

Katanya, kapal tangki itu dikendalikan 25 kru lelaki termasuk nakhoda warga Ukraine, Pakistan, Iran, Georgia, India, Filipina dan Russia berumur lingkungan 27 hingga 53 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran atau kelulusan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Maritim Malaysia ingin menegaskan kepada pemilik, pengusaha perkapalan serta nakhoda kapal supaya sentiasa memastikan segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi kerana tindakan akan diambil tanpa kompromi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ersauh-secara-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.112537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list