CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Saya tidak pernah jumpa kes sebegini...' - Bomba

[Copy link]
Post time 15-1-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta. FOTO ihsan bomba

Nilai: "Saya tidak pernah jumpa kes sebegini apabila motosikal yang dalam keadaan parkir boleh terbakar secara tiba-tiba," kata Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Khairollizal Abu Kassim mengenai kejadian sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah hotel dekat Jalan BBN 1/7d, Bandar Baru Nilai, di sini, terbakar secara mendadak, pagi tadi.

Kejadian jam 6.40 pagi itu menyebabkan dua motosikal yang diletakkan di situ musnah 100 peratus selain sebuah kereta terbakar 30 peratus.

Khairollizal yang juga Pegawai Operasi berkata, kebiasaannya kes kebakaran membabitkan kenderaan berlaku dalam keadaan enjin hidup tetapi dalam kes itu enjin motosikal sudah dimatikan.

Beliau berkata, api dipercayai bermula daripada salah sebuah motosikal sebelum ia merebak dengan pantas ke arah dua kenderaan berdekatan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi Mers 999 daripada pekerja hotel memaklumkan berlaku kebakaran motosikal di hadapan premis terbabit jam 6.44 pagi.

"Sepasukan anggota dan pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai bergegas ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan Perodua Viva yang terbakar 30 peratus dan dua motosikal terbakar 100 peratus.

"Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini. Kerja pemadaman dilakukan pihak bomba sehingga selesai," katanya.

Menurutnya, pemerhatian awal dan maklumat daripada pekerja hotel yang melihat kejadian, api bermula dari bahagian hadapan sebuah motosikal namun tidak diketahui puncanya.

"Angin kuat menyebabkan ia merebak ke dua kenderaan lain. Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan jika ia membabitkan unsur khianat, akan diserahkan kepada polis.

"Sehingga kini pemilik kereta dan sebuah motosikal sudah dikenal pasti. Model bagi kedua-dua motosikal sukar dicam kerana musnah sepenuhnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -kes-sebegini-bomba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035320 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list