CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tahun Baharu Cina eratkan dua keluarga berlainan bangsa

[Copy link]
Post time 21-1-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Asraff Lee Abdullah bersama keluarga ketika ditemui di kediaman mereka di Seremban 3, di sini. - Foto Ahmad Hasbi.

SEREMBAN: Kehadiran Tahun Baru Cina setiap tahun digunakan sepenuhnya untuk menyatukan dua keluarga berlainan bangsa sejak 17 tahun lalu.

Menjadi tugas Muhammad Asraff Lee Abdullah, 41, untuk memberi kefahaman kepada keluarganya selepas mengambil keputusan berkahwin dengan wanita beragama Islam, Normaeliyana Othman, 38.

Muhammad Asraf tidak pernah mengabaikan keluarganya dan meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun dengan cara unik.

Menceritakan kembali detik dia berkenalan dengan isterinya, penjawat awam itu berkata, dia dan isterinya bekerja di tempat sama di Kampar, Perak sebelum saling mengenali.


"Selepas berkenalan, saya tidak menunggu lama dan memberanikan diri ke rumahnya dan berjumpa dengan orang tuanya. Ternyata keluarga mentua tidak menghalang hubungan kami.

"Dalam masa kurang setahun kami mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, keluarga saya sukar menerima perkara ini kerana pada masa itu mereka belum faham," katanya ketika ditemui di kediamannya di Seremban 3, di sini.

Bagi memastikan keluarganya menerima perkahwinan mereka, dia menggalas tanggungjawab menunjukkan sikap positif kepada keluarga.

"Ketika berkahwin, kami tinggal di Kampar. Saya berulang-alik ke Ipoh setiap hujung minggu untuk menziarahi keluarga. Saya tidak mahu mereka fikir apabila saya sudah bertukar agama, identiti saya dirampas.


Muhammad Asraff Lee Abdullah bersama keluarga ketika ditemui di kediaman mereka di Seremban 3, di sini. - Foto Ahmad Hasbi.

"Malah, saya rebut peluang sambutan Tahun Baharu Cina dengan membawa isteri dan ibu bapa mentua untuk meraikan bersama perayaan ini malah kami akan makan besar di restoran yang menghidangkan masakan Cina halal.

"Ternyata, usaha saya menjadi dan dalam masa kurang setahun, ibu bapa saya mula menerima perkahwinan kami dan kami semakin rapat," kata bapa kepada dua anak itu.

Muhammad Asraf berkata, ibunya Wu Sow Yoong, 83, kini tinggal bersamanya selepas bapa, Lee Si Kow meninggal dunia, dua tahun lalu.

"Meskipun ibu masih beragama asalnya, kami tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama," katanya.

Sementara itu, Normaeliyana berkata, dia sudah terbiasa sehingga tidak merasakan ibu mentua dan suaminya berbangsa Cina.

"Kami bukan hanya menyambut Tahun Baharu Cina bersama, malah kami memastikan keluarga suami menyambut Aidilfitri di kampung saya bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua keluarga yang berbeza budaya ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ga-berlainan-bangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5541 Replies : 177
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36373 Replies : 1321
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.077335 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list