CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 0

Vinales enggan kembali ke Yamaha

[Copy link]
Post time 9-2-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

VINALES mengakui sangat gembira bersama Aprilia ketika ini dan menutup semua peluang untuk kembali menyertai Yamaha. – AFP



LONDON – Berpatah arang, berkerat rotan. Itulah gambaran sebenar bagi pelumba Sepanyol, Maverick Vinales selepas meng­akui tidak akan kembali menyertai pasukan Yamaha biarpun wujud spekulasi kepulangannya bersama pasukan berkenaan.

Vinales meninggalkan Yamaha serta-merta pada 2021 selepas berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak sebelum pelumba Sepanyol itu menandata­ngani kontrak dengan Aprilia.

Gembira dengan kemajuannya di Aprilia, Vinales yang mengikat kontrak sehingga 2024 mengakui ‘keluarga’ baharunya itu lebih harmoni dan bertekad untuk memburu gelaran dunia bersama pasukan tersebut.

“Perkara yang paling penting ialah saya dan pasukan berjuang untuk menjadikan Aprilia juara dunia, pasukan sangat jelas me­ngenai perkara ini. Kami mesti terus berjuang seperti ini kerana saya fikir pasukan mempunyai visi yang jelas untuk memburu kejayaan.

“Mengenai Fabio Quartararo (Yamaha), saya tidak tahu apa yang dia katakan, kerana saya sudah bertahun-tahun tidak mencuba jentera baharu mereka. Mengenai kembali kepada Yamaha, saya tidak sesekali melakukannya.

“Saya gembira dengan kemajuan dicapai Aprilia setakat ini dan saya tidak sabar untuk terus membantu pasukan ini terutama kembali berada di podium,” katanya yang akan turun menguji jetera RS-GP di Sepang pada hujung minggu ini nanti.

Aprilia dilihat serius memba­ngunkan jentera terbaik mereka apabila menawarkan bekas pasukan Yamaha, RNF menjadi pasukan satelit mereka bemula saingan musim baharu itu.

Lebih menarik, Aprilia menawarkan jentera spesifikasi kilang kepada kedua-dua pelumab RNF, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -kembali-ke-yamaha/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.100993 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list