View: 444|Reply: 0
|
[Johor]
3 beranak bersama hingga akhir hayat
[Copy link]
|
|
Habsah dan anak tunggalnya yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam. FOTO OMAR AHMAD
Johor Bahru: "Mereka tiga beranak sangat rapat, tidak pernah berenggang jika ke mana-mana kecuali ketika bekerja," kata Catherine John, 68, ibu kepada Mohammad Shahril Abdullah, 38, yang maut bersama isteri dan anaknya apabila motosikal ditunggang merempuh belakang lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi di sini petang semalam.
Catherine berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Baru Uda di sini selepas pemeriksaan kesihatan cucunya, Muhammad Dany Lukman Naim, 10 di Klinik Kesihatan Kempas.
Katanya, Muhammad Dany adalah anak tunggal Mohammad Shahril hasil perkongsian hidup dengan Habsah Jailani, 41, yang berasal dari Sri Aman, Sarawak.
"Mereka sekeluarga memang rapat dan tidak boleh berenggang, ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan pergi bersama.
"Saya selalu berdoa supaya mereka selalu bersama dan tidak sangka mereka meninggal dunia pun bersama," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Menurut Catherine, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya adalah petang semalam ketika meminta datang ambil barang yang saya beli untuk cucunya itu.
"Dua minggu lalu Naim ada meminta saya belikan mainan lato-lato. Hari itu juga saya mencari lato-lato di kedai tetapi gagal. Sebaliknya Mohammad Shahril sudah belikan mainan itu untuk anaknya," katanya.
Sementara itu, abang Habsah, Mahiedel Jailani, 47, memberitahu dia mengetahui tentang kemalangan meragut adiknya menerusi rakannya yang datang mengetuk pintu di rumah didiami mereka di Bandar Baru Uda.
"Tiada petanda atau perubahan berlaku ke atas mangsa sekeluarga itu, namun saya sedikit terkilan tidak menjamah makanan tengah hari yang dimasak Habsah.
"Kami bekerja di Singapura dan sebelum kejadian kami sempat berselisih ketika menunggang motosikal dan menegur mereka.
"Ketika berehat di rumah saya didatangi memaklumkan kejadian yang meragut nyawa adik serta suami dan anaknya itu," katanya.
Mahiedel berkata, jenazah tiga beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Teluk Danga di sini selepas solat Zohor.
Dalam pada itu, pemangku Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang semalam apabila motosikal Yamaha LC berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Jalan Tampoi melanggar bahagian belakang lori Mitsubishi Fuso.
"Ketika kejadian lori terbabit berhenti di lorong tengah ketika lampu isyarat merah.
"Akibat kemalangan itu tiga mangsa menaiki motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah di badan," katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hingga-akhir-hayat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|