View: 396|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Wartawan asing jadi penjenayah di Malaysia?
[Copy link]
|
|
Seremban: Wartawan negara jiran terbabit jenayah pecah kereta di negara ini? Persoalan itu timbul susulan penemuan pas wartawan milik salah seorang suspek lelaki ditahan polis Jumaat lalu.
Difahamkan kumpulan penjenayah menggunakan alat pemecah cermin sebesar ibu jari untuk memecahkan cermin pada bahagian belakang kereta sebelum melarikan barang berharga di dalam kenderaan.
Kumpulan penjenayah membabitkan tujuh individu warga asing itu dikesan aktif melakukan jenayah pecah kereta di sekitar Seremban sejak Januari lalu, malah dipercayai turut terbabit dalam kejadian di negeri lain.
Bagaimanapun kesemua suspek ditahan pada 17 dan 19 Februari lalu, di Jalan Reko, Kajang, Selangor, hasil risikan dilakukan pasukan khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, tangkapan berkenaan dilakukan susulan 12 laporan diterima di daerah itu berhubung kejadian curi dalam kenderaan.
"Pada 17 Februari lalu, kami menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga negara jiran masing-masing berusia 30 dan 34 tahun yang dipercayai berperanan melakukan pecah kenderaan.
"Mereka dipercayai suami isteri. Pihak kami menemui pas wartawan dari negara jiran milik lelaki berkenaan, bagaimanapun polis masih mengenalpasti sama ada ia asli atau sebaliknya," katanya tadi.
Nanda berkata, hasil soal siasat terhadap pasangan itu, pihaknya menahan tiga lelaki dan dua wanita warga asing berusia 26 hingga 43 tahun di sekitar Jalan Reko, pada 19 Februari lalu yang berperanan sebagai orang tengah atau penjual barang curi.
"Pihak polis juga berjaya merampas pelbagai barang kes dipercayai hasil curi dan peralatan digunakan untuk memecahkan cermin kereta. Antaranya beg galas, beg tangan, komputer riba, telefon bimbit dan cincin.
"Turut ditemui alat pemecah cermin kereta. Mereka menggunakan alat ini untuk memecah cermin segi tiga pada sisi bahagian belakang kenderaan yang diletakkan di kawasan sunyi," katanya.
Tambahnya lagi, kesemua suspek masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan menyewa di sekitar Jalan Reko, Kajang, Selangor.
"Polis percaya berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah kenderaan di Seremban dengan nilai kerugian dianggarkan RM33,700.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jenayah-di-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|