CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 1

Lelaki teruja kenal adik pada usia 87 tahun

  [Copy link]
Post time 22-2-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Allen Swinbank, 87, menerima panggilan daripada seorang wanita bernama Natasha baru-baru ini yang memberitahu tentang hubungan kekeluargaan dimilikinya dengan datuk wanita itu, John Robson.

Natasha yang mengakui merupakan cucu saudara Allen, berjaya merungkai rahsia yang tersimpan selama beberapa dekad itu secara tidak sengaja ketika membuat membuat kajian mengenai sejarah keluarganya yang agak kompleks.

Menurut portal Mirror UK, dua beradik itu tidak pernah mengetahui tentang kewujudan satu sama lain kerana masing-masing masih bayi ketika ibu bapa mereka berpisah walaupun kedua-duanya dibesarkan di daerah yang sama.

“Bapa kami, John Spence-Swinbank meninggalkan ibu saya ketika saya berusia enam bulan. Kami tidak bercakap tentang ayah kerana ibu saya membencinya.

“Suatu hari ayah muncul di depan pintu rumah ketika saya berumur 26 tahun. Saya ada belajar sedikit tentang dia tetapi dia tidak pernah menyebut saya mempunyai seorang adik lelaki yang berlainan ibu,” kata Allen.

Robson, 85, pula dibesarkan di Bridlington, East Yorks, oleh datuk dan ibu saudaranya.
Mereka memberitahu ayahnya meninggal dunia dalam peperangan tetapi sebenarnya lelaki itu meninggal dunia pada tahun 1980 ketika berusia 68 tahun.
Robson menghabiskan lima tahun sebagai tawanan perang dan kemudian bekerja sebagai pemandu bas sebelum berpindah semula bersama ibu dan adik perempuan tirinya selepas datuknya meninggal dunia.
Selepas Natasha menghubungkan mereka, Robson pergi bertemu Allen dan pasangan adik beradik yang terpisah lama itu gembira berkongsi minat sama tentang motosikal.

“Kami berpelukan dan ada air mata yang tumpah. Sungguh melucukan perkara ini berlaku. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya mula berharap saya mempunyai abang atau kakak untuk berkongsi minat dan pelbagai perkara.

“Terlalu banyak perkara yang ingin kami kongsi dan lakukan bersama. Ini adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Allen.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Next few decades, banyaklah cerita macamni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057716 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list