CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

[Kelantan] Pemilik kenderaan warga tempatan berdepan tindakan tegas JPJ

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Misuari (kiri) pada sidang media di Dewan Audi Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn Bhd. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Tindakan tegas akan diambil terhadap rakyat tempatan yang menjual atau meminjamkan kenderaan mereka kepada warga asing.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, jika sebelum ini pemilik asal hanya dikenakan kompaun, tapi pihaknya sedang berusaha membawa kes berkaitan ke mahkamah sebagai pengajaran.

Beliau berkata, kebelakangan ini semakin ramai warga asing terutama etnik Rohingya yang dikesan memandu kereta atau menunggang motosikal yang dipinjam daripada pemilik yang juga warga tempatan termasuk dipinjamkan oleh majikan masing-masing.

"Kes sebegini sangat serius, malah kebelakangan ini semakin meningkat dan berleluasa terutama membabitkan pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

"Mereka ini tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan juga ada yang tiada insurans

"Oleh itu, jika terbabit dalam kemalangan atau kesalahan jalan raya, memang menimbulkan masalah besar.

"Sehubungan itu, kami sedang berusaha untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berbanding sebelum ini hanya dikenakan kompaun sahaja," katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Mohd Misuari berkata, berbanding warga asing lain yang hanya menunggang motosikal atau basikal sahaja, etnik Rohingya dilihat lebih berani apabila memandu kereta dan berkemungkinan besar ia disebabkan kad UNCHR yang dimiliki dianggap kebal.

Katanya, operasi sentiasa dijalankan pihaknya dari semasa ke semasa dan bukan sekadar menumpukan sekatan jalan raya tapi juga membuat rondaan bermotosikal bagi mengesan penggunaan kenderaan oleh warga asing di jalan raya.

"Biasanya kita akan sita terus kenderaan itu kerana kita tidak mahu beri muka kepada warga asing yang mungkin memandu kenderaan itu secara berbahaya sekali gus membahayahkan lain.

"Pemegang kad UNCHR menganggap mereka memiliki 'lesen besar' dan kebanyakan yang ditahan adalah memandu kereta dan menunggang motosikal roda tiga berbanding warga Bangladesh yang lebih suka berbasikal.

"Kita bukan anti warga asing, tapi minta semua pihak supaya ikut peraturan kerana ada juga yang kami kesan memandu kereta yang sudah boleh dilupuskan," katanya.

Terdahulu beliau hadir di Dewan Audi Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn Bhd, Padang Tembak merasmikan kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) yang disertai 45 pesara tentera.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tindakan-tegas-jpj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.665546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list