View: 2774|Reply: 4
|
GEMPAR!!!! Noor Nabila, Engku Emran dalam proses perceraian?
[Copy link]
|
|
PERKAHWINAN antara Noor Nabila dan Engku Emran kini dikhabarkan sedang bergolak dan sedang dalam proses perceraian.
Noor Nabila, Engku Emran dalam proses perceraian?
PETALING JAYA – Ibarat retak menanti belah. Demikian status terkini rumah tangga pasangan Noor Nabila dengan Engku Emran apabila kedua-duanya kini difahamkan bakal mengakhiri bahtera perkahwinan mereka dengan perceraian.
Memetik sumber rapat kepada pasangan itu, Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu dan sedang dalam proses memfailkan perceraian di mahkamah.
“Status mereka masih lagi tergantung. Apa pun doakan sahaja mereka,” kata sumber tersebut.
Kelibat Engku Emran yang langsung tidak kelihatan sewaktu Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah semalam, menguatkan keyakinan perkahwinan mereka berada dalam fasa telur di hujung tanduk.
Kisah pergolakan rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu bukan kali pertama menjadi perhatian netizen.
Khabar angin mula tercetus apabila Nabila memadam semua foto bersama Engku Emran termasuk momen pernikahan mereka serta menukar gambar profil akaun Instagramnya pada sekitar Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, Nabila yang juga seorang usahawan pernah memuat naik video yang memperlihatkan kelibat Engku Emran sedang menunaikan solat pada Ogos 2022.
Sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun 2021, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Malah dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -proses-perceraian/
|
|
|
|
|
|
|
|
Lorrr aku ingat depa ni sekufu dah 3x kawin |
|
|
|
|
|
|
|
Nabila dah padam gambar, Engku Emran masih ada
Noor Nabila
Kuala Lumpur: Hampir dua tahun melayari rumah tangga sejak 19 Mac 2021, kini timbul dakwaan mengatakan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, dan isterinya, Noor Nabila, 39, dalam proses bercerai.
Harian Metro sebelum ini melaporkan sumber rapat pasangan itu berkata, mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video bersama di media sosial masing-masing.
Namun, kedua-duanya masih 'mengunci mulut' dengan Nabila kini berada di Makkah mengerjakan umrah bersama keluarganya yang tidak disertai Engku Emran.
Dakwaan itu dikukuhkan dengan tindakan Nabila yang juga kakak kepada Neelofa memadam gambar suaminya di Instagram termasuk gambar ketika majlis perkahwinan mereka.
Malah, Engku Emran juga tidak kelihatan ketika Nabila mahu berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
Bagaimanapun, Engku Emran didapati masih menggunakan fotonya bersama Nabila sebagai gambar profil di Instagram selain tidak memadam gambar-gambar mereka berdua termasuk ketika majlis perkahwinan lalu.
Semalam, menerusi Instagram Story Engku Emran, dia hanya membuat perkongsian dengan menyiar semula (repost) kisah paderi Katolik bernama Hilarion Heagy yang terbuka hati memeluk Islam dan kini dikenali dengan nama, Said Abdul Latif.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... gku-emran-masih-ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerai je lah.. bersalin laki cam salin spenda |
|
|
|
|
|
|
|
Silap tu artikel. Sebelum Sharnaaz , Nabila pernah kahwin la juga. Sekejap je.. tak sampai setahun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|