CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Johor] Tetap tunggu ayah hilang di Mekah pulang ke rumah

[Copy link]
Post time 25-2-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. NABIL menunjukkan gambar bapanya, Musthafa Kamal yang hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 12 Disember lalu.



BATU PAHAT – Ahli keluarga Ustaz Musthafa, jemaah umrah yang hilang di Mekah ketika me­laksanakan ibadah itu tetap setia menanti kepulangannya di Sri Gading, dekat sini.

Mangsa, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dikatakan mengalami demam panas pada 12 Disember lalu sebelum kehilangannya turut menjadi misteri apabila ada berita mengatakan melihat kelibatnya di beberapa kawasan tempat tumpuan umat Islam mengerjakan umrah dan haji itu.

Anak sulungnya, Mohd. Nabil, 26, berkata, tidak mengira berapa lama sekali pun, kepulangan insan tersayang itu tetap dinantikan.

“Kami yakin suatu hari nanti pintu hati ayah akan terbuka untuk kembali ke kampung halaman bersama keluarga.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk pergi berkelana ke seluruh bandar Mekah dan kawasan yang berkemungkinan menemui ayah selama kira-kira 14 hari pada 21 Januari lalu bersama adik saya Muaz, 17, namun tetap gagal ditemui,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Berita berkaitan: Beg Cikgu Musthafa muncul selepas tiga hari hilang di Mekah

Ujarnya, selain mencari, pengedaran risalah, menggunakan khidmat pejabat kedutaan, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) serta rombongan jemaah umrah yang bertandang di sana sudah dilakukan.

“Apa yang kami dapat hanya beberapa berita mengenai ayah yang dikatakan berada di satu-satu tempat berdekatan Kaabah namun tidak membuahkan hasil.

Mohd. Nabil dalam pada itu turut mengharapkan sekiranya ada rombongan jemaah umrah yang menemui bapanya dapat membawa pulang ke Malaysia dengan apa cara sekali pun.

Ujarnya, keluarganya turut memohon bantuan daripada pihak pejabat kedutaan serta LUTH untuk mendapatkan maklumat tentang bapanya itu.

Pada 6 Disember lalu, Musthafa yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja me­nunaikan umrah bersama anak­nya, Muaz dan dijangka pulang ke Malaysia pada 18 Disember.

Namun, bapa lima orang anak itu dilaporkan hilang pada 12 ­Di­sember selepas Muaz menye­dari mangsa tiada di bilik hotel di Makkah. Satu laporan polis telah dibuat di Kedutaan Malaysia di Arab Saudi berhubung kehilangan itu.

https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... gu-kepulangan-ayah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063496 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list