CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tahan sakit sampai menangis

[Copy link]
Post time 28-2-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

ZAMRI terbabit kemalangan motosikal menyebabkan kepalanya terhentak dan cedera mengakibatkan hilang ingatan.

Kuala Pilah: Dalam usia baru mencecah 23 tahun wanita ini diuji apabila suami yang menjadi tempat bergantung hilang ingatan selepas terbabit kemalangan dua minggu lalu.

Kemalangan membabitkan dua motosikal jam 6 petang dekat pekan Kuala Pilah itu mengakibatkan Zamri Jamaludin, 30, yang bekerja sebagai penghantar makanan cedera di kepala.

Siti Nurliyana Rosli, berkata, kemalangan menyebabkan kepala suaminya terhentak dan berlaku pendarahan.

"Namun, apa yang memilukan apabila tengok dia menahan sakit setiap hari sehingga menangis," katanya ketika ditemui di rumah sewa di Kampung Gemetir di sini, semalam.

Siti Nurliyana berkata, sebelum ini suaminya seorang yang tegas namun berubah sikap seperti kanak-kanak kerana kerap bertanya soalan sama berulang-kali.

"Lebih membimbangkan apabila doktor beritahu ingatan suami mengambil masa empat tahun untuk pulih. Saya betul-betul buntu ditambah pula tiga anak masih kecil berusia empat tahun, dua tahun dan empat bulan.

"Kami sekeluarga terputus sumber kewangan dan kini mengharapkan ihsan keluarga suami untuk membantu. Saya khuatir sampai bila suami terus begini.

"Dengan keadaan anak sedang membesar, saya memerlukan sumber kewangan mencukupi," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah bekerja, tetapi berhenti ketika mengandung anak bongsu disebabkan alahan teruk.

"Saya fikir mungkin saya perlu bekerja, tapi dengan keadaan anak kecil ia perlu kos tinggi pula untuk mengupah pengasuh.

"Jika ada sesiapa sudi tawar pekerjaan bersesuaian yang boleh saya buat dari rumah, saya sanggup menerimanya," katanya.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana masalah dihadapi mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (Perkasih N9) dan Baitulmal.

Bagi yang berhasrat menyumbang boleh salurkan di akaun bank CIMB atas nama Siti Nurliyana 7621637509.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kit-sampai-menangis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.210523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list