CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Johor] Banjir makin kritikal, Johor bergelut hantar bantuan ke kawasan terjejas

[Copy link]
Post time 2-3-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode


KEADAAN banjir di bandar Kota Tinggi. FOTO arkib NSTP

Johor Bahru: Kerajaan Johor berusaha menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir terutama di Segamat, susulan situasi bencana yang semakin kritikal.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan Johor memanggil mesyuarat tergempar membabitkan kesemua agensi pengurusan yang menguruskan bencana banjir malam tadi.

Katanya, susulan situasi banjir yang kritikal, kesemua agensi pengurusan banjir dipanggil untuk sama-sama menghadiri mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor, lewat malam tadi.

"Mesyuarat dimaklumkan keadaan di Segamat, khususnya di Chaah, Pemanis, Tenang dan Labis.

"Saya meminta agensi yang terbabit untuk menguruskan logistik untuk penghantaran khemah serta makanan sedia untuk dimakan (retort) ke kawasan berkenaan.

"Saya memahami kekangan yang sedang dihadapi oleh kesemua agensi terbabit, namun saya menaruh keyakinan ia boleh diatasi sekiranya diselaraskan dengan baik.

"Saya juga memahami kepenatan yang dialami oleh anggota pelbagai agensi tetapi saya merayu supaya mereka kuatkan semangat dan terus tekun berkhidmat kepada mangsa banjir," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan banjir di Johor hari ini dilaporkan semakin kritikal apabila mangsa banjirnya melonjak kepada 25,213 penduduk, setakat jam 8 pagi tadi.

Ia membabitkan daripada 7,013 keluarga, yang dipindahkan ke 187 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di 10 daerah terjejas banjir.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dilaporkan berkata, banjir yang melanda negeri ini disifatkan antara yang terburuk pernah dihadapinya dalam tempoh beberapa tahun ini berikutan menyebabkan kesemua 10 daerah di Johor terjejas bencana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dilaporkan berkata, keadaan hujan lebat berterusan serta fenomena air pasang menyebabkan keadaan banjir semakin buruk dan menjejaskan puluhan ribu penduduk.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ke-kawasan-terjejas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.039457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list