CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Johor] Gelongsoran tanah di Felda Sungai Sayong

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Gelongsoran tanah berlaku di belakang sebuah kediaman di Felda Sungai Sayong, Bukit Besar di sini. FOTO IHSAN POLIS

Kota Tinggi: Gelongsoran tanah berlaku di belakang sebuah kediaman di Felda Sungai Sayong, Bukit Besar di sini, jam 8.30 pagi tadi sehingga menyebabkan bahagian stor rumah itu mengalami kerosakan struktur bangunan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mengetahui anggaran kerugian sebenar yang berlaku.

"Hujan berterusan menyebabkan berlaku satu kejadian gelongsoran tanah dan pemerhatian awal di lokasi kejadian mendapati kedudukan geografi premis berada lebih kurang lima meter dari kawasan tebing atau cerun.

"Gelongsoran di bahagian belakang premis itu menjejaskan struktur binaan empat buah kedai, namun anggaran kerugian sebenar masih belum diketahui," katanya menerusi kenyataan media di sini, malam tadi.

Setakat jam 8 malam tadi, Hussin berkata, situasi banjir di Kota Tinggi masih berada dalam keadaan terkawal dengan pembukaan walaupun terdapat 17 PPS dibuka bagi menempatkan 2,254 orang mangsa terdiri daripada 585 keluarga.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak lima jalan raya masih ditutup memandangkan paras ketinggian air yang tidak sesuai untuk dilalui kenderaan.

Katanya, empat jalan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi – Kluang (Arked Mara), Jalan Tun Sri Lanang (Bandar Kota Tinggi), Jalan Kampung Kelantan atay Kampung Panti dan Jalan Mawai Lama (Rumah Burung).

Manakala, katanya, Jalan Sungai Sayong (Loji Sayong) ditutup hanya kepada semua

kenderaan ringan akibat arus deras.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan semasa kejadian banjir yang berlaku di daerah itu memandangkan laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran cuaca hujan berterusan di Kota Tinggi bermula semalam hingga esok.

"Daerah ini menerima taburan hujan yang tinggi sejak awal pagi semalam hingga kini menyebabkan penempatan penduduk dan jalan digenangi air akibat limpahan air dari sungai berhampiran," jelasnya.

Hussin berkata, seramai 170 pegawai dan anggota sudah diatur gerak dalam memastikan kelancaran operasi terutamanya untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... felda-sungai-sayong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.232601 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list