View: 350|Reply: 0
|
[Johor]
Guna kanak-kanak tagih simpati
[Copy link]
|
|
Seorang wanita penjual tisu jalanan mendukung kanak-kanak ketika menghampiri kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Taman Johor Jaya di sini, semalam. FOTO Victoria Dass.
Johor Bahru: Beberapa wanita dipercayai warga asing sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai modal untuk menagih simpati pengguna jalan raya ketika menjual tisu di persimpangan lampu isyarat di Taman Johor Jaya di sini sejak awal bulan ini.
Seorang pengguna jalan raya, S Saraswati, 46, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab beberapa penjual tisu jalanan itu bukan saja membahayakan keselamatannya dan kanak-kanak berkenaan malah boleh mengundang risiko kepada orang awam.
Menurutnya, dua wanita masing-masing mendukung kanak-kanak didapati menghampiri kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Katanya, malah mereka juga sanggup beroperasi pada waktu hujan tanpa mempedulikan keselamatan kanak-kanak yang dibawa itu.
"Semalam bukan kali pertama saya terserempak dengan dua wanita berkenaan, mereka sanggup berjalan dari kereta ke kereta untuk menjual tisu dengan membawa kanak-kanak.
"Saya bersimpati melihat keadaan kanak-kanak yang dipercayai berusia kurang tiga tahun itu yang dijadikan sebagai umpan untuk menagih simpati ramai.
"Saya yakin dengan alasan menjual tisu, mereka sebenarnya mengemis kerana ada pengguna jalan raya menghulurkan wang tanpa mengambil tisu yang dijual," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, R Steven, 34, berkata, wanita berkenaan mahupun kanak-kanak berkenaan kelihatan seperti warga Rohingya terdedah kepada risiko kemalangan.
Menurutnya, malah ia juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.
"Diharap pihak berkaitan segera mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan.
"Kehadiran mereka jelas menjejaskan imej bandar raya ini yang menjadi antara pintu masuk negara," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung pengaduan diterima.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kanak-tagih-simpati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|