CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4805|Reply: 0

Nerita pangku jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman

[Copy link]
Post time 8-3-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Nerita pangku jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL08 Mac 2023 01:56pm






Zaini (kiri) menyerahkan tongkat kepada Nerita pada majlis serah terima tugas Pengarah Pengurusan di Pulapol Kuala Lumpur, pada Rabu.




KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob dilantik sebagai pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman, pada Rabu.

Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass yang bersara wajib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hadir pada majlis serah terima tugas Pengarah Pengurusan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Majlis serah terima tugas tersebut turut melibatkan penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Pengurusan Bukit Aman daripada Hairiah Mohd Tahir kepada Nerita.

Acryl Sani berkata, warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan terima kasih atas kepimpinan cemerlang dan menyanjung tinggi kesetiaan serta khidmat bakti Zaini sepanjang beliau berkhidmat kepada pasukan selama 38 tahun.

"Syabas dan tahniah juga kepada Nerita diatas pelantikan sebagai pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman serta sebagai pemangku Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan.

"Saya yakin, pengalaman yang luas dalam bidang penugasan Jabatan Pengurusan, Nerita mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057716 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list