CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5593|Reply: 0

MIKHA Tambayong dan Deva Mahenra,Dendam lama Teluh Darah

[Copy link]
Post time 11-3-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Dendam lama Teluh Darah


MIKHA Tambayong dan Deva Mahenra

FILEM seram dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bukanlah asing dalam kalangan penonton di negara ini.

Sudah banyak siri atau filem misteri, gangguan ilmu hitam dan mistik dari negara itu menarik perhatian ramai di sini.

Kini, siri baharu Indonesia yang semakin hangat tayangannya setiap malam Sabtu di platform Disney+ Hotstar iaitu Teluh Darah arahan Kimo Stamboel dengan dibintangi, Mikha Tambayong sebagai Wulan dan suaminya, Deva Mahenra (Esa) untuk watak utama.

Mengangkat kisah kekeluargaan yang mulanya bahagia, namun bertukar tragis selepas didatangi pelbagai gangguan misteri dan menakutkan.

Ia umpama satu 'dendam lama' yang tidak diduga, muncul tiba-tiba dan terus mengejar mangsanya.

Menonton setiap episodnya membuatkan tertunggu untuk tahu perjalanan kisah seterusnya. Ia boleh dianggap karya yang digarap teratur dan mantap oleh Kimo untuk disampaikan kepada penonton.

Keserasian lakonan Mikha, 29, dan Deva, 33, juga terserlah untuk watak masing-masing.

Pastinya, penonton terutama penggemar karya seram boleh melayan Teluh Darah sepenuh hati dengan bermacam debaran.

Mengulas watak Wulan itu, Mikha berkata, sebagai wanita dalam kehidupan moden, berkerjaya dan berfikiran terbuka, sudah tentu sukar untuk dia (Wulan) mempercayai hal-hal berkaitan ilmu hitam atau makhluk halus.

"Siri Teluh Darah ini membawa banyak pengalaman baharu untuk saya melihat perkembangan watak Wulan itu. Bermula dengan seorang yang kehidupannya bahagia, gembira dan bertukar menjadi gelap selepas seisi keluarga mendapat gangguan misteri daripada ilmu hitam yang dihantar seseorang.


MIKHA, Deva (kanan) bersama pengarah Teluh Darah, Kimo Stamboel (dari kiri).

"Wulan perlu mencari apa sebenarnya yang pernah dilakukan ibu bapanya pada masa lalu mereka sehingga diganggu ilmu hitam. Siapa individu di sebaliknya dan kehadiran Esa sebagai kenalan juga banyak membantu Wulan," katanya yang ditemubual secara virtual bersama Deva dan Kimo, baru-baru ini.

Mikha berkata, dia turut memberikan sepenuh komitmen untuk watak Wulan itu yang dibuatnya sebaik mungkin.

Katanya, Teluh Darah juga adalah siri seram terbaik pernah dilakonkannya.

Bagi Deva, banyak babak yang menarik dan kejutan akan disaksikan penonton dalam setiap episod.

Katanya, ia bukan sekadar kisah keluarga semata-mata, tapi juga berhubung kait dengan persahabatan di antara keluarga Esa dan Wulan yang berkawan baik.

"Teluh Darah ini sangat istimewa perjalanan ceritanya. Kami sebagai pelakon perlu lebih kreatif serta mempunyai stamina diri yang kuat kerana ia mencabar fizikal dan mental. Walaupun Esa dipaparkan sebagai lelaki berpenampilan biasa, tapi dia harus bersemangat kuat.

"Kami juga diberikan latihan secukupnya sebelum penggambaran dibuat tahun lalu. Kami perlu memahami watak dan harus tahu apa yang mahu dilakukan agar penonton menerima jelas mesej cerita disampaikan. Ia proses yang panjang, tetapi menyeronokkan," katanya.

Deva berkata, dia teruja dengan penayangan Teluh Darah menerusi Disney+ Hotstar dan berharap karya itu mendapat sambutan positif daripada penonton kerana jalan cerita dan skrip yang baik.


MIKHA Tambayong sebagai Wulan.


ANTARA babak lakonan Mikha dalam siri Teluh Darah.

Lancar, tiada gangguan

Kimo atau nama sebenarnya, Mochammad Maliki Stamboel adalah pengarah, penulis skrip dan penerbit disegani. Ia berikutan, kebanyakan karya seram garapannya menjadi dan meledak di pasaran Indonesia.

Bahkan, beberapa filem yang pernah dihasilkan Kimo, 43, sebelum ini banyak merangkul anugerah terbaik sehingga ke peringkat antarabangsa. Antaranya Dara, Macabre, Killers, Headshot dan Ratu Ilmu Hitam.

Berbicara mengenai Teluh Darah, Kimo berkata, dia gembira pembikinan siri itu berjalan lancar serta kerjasama daripada semua pelakon juga sangat baik.

Katanya, dia amat teliti dalam kerja dan selesa dengan barisan pelakon pilihannya.

"Saya memilih Mikha untuk watak Wulan dan Deva sebagai Esa kerana melihat ia satu gabungan yang tepat. Gandingan mereka untuk Teluh Darah ini pada saya amat baik dan bagus. Saya dapati watak Wulan dan Esa itu memang sesuai untuk mereka.

"Lagipun, mereka faham dan tahu apa yang saya inginkan. Jadi, ia memudahkan kerjasama kami dan hasil lakonan juga berkesan. Saya senang bekerja dengan semua pelakon dalam siri ini dan kru produksi yang terbabit," katanya.

Ditanya mengenai gangguan dialami ketika penggambaran, Kimo berkata, dia bersyukur tiada sebarang kejadian pelik berlaku.

Katanya, walaupun Teluh Darah mengisahkan makhluk halus dan ilmu hitam, namun semua babak dibuat ketika penggambaran lancar.

"Alhamdulillah, sesi penggambaran kami untuk Teluh Darah tidak diganggu dan semuanya baik-baik saja. Cuma, saya berharap penonton dapat menerima baik karya ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... am-lama-teluh-darah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.032254 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list