CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 0

[Terengganu] Kadar zakat fitrah RM8, RM10 dan RM24 di Terengganu

[Copy link]
Post time 14-3-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Terengganu menetapkan tiga kategori kadar zakat fitrah untuk tahun ini iaitu RM8, RM10 dan RM24.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar berkenaan sudah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, bermula 1 Ramadan ini, Maidam turut memperkenalkan konsep bayaran secara atas talian yang dipanggil e-Amil selain pembayaran secara konvensional.

Mengulas mengenai sasaran zakat yang bakal dipungut, beliau berkata, untuk tahun ini jumlah sasaran sebanyak RM260 juta berbanding tahun lalu iaitu RM228 juta.

"Manakala, bagi zakat fitrah tahun ini, Maidam menyasarkan pungutan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lalu iaitu RM8 juta.

"Tahun ini kita melantik 954 amil untuk mengendalikan pungutan zakat fitrah sama ada melalui sistem e-Amil atau pungutan secara biasa," katanya ketika ditemui selepas Program Multaqa Amil, Zakat Negeri di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tauliah mengajar agama di negeri ini, Shaikh Harun berkata, Maidam tidak menghalang mana-mana pihak dan individu untuk mendapatkan tauliah.



Shaikh Harun menghadiri Program Multaqa Amil Zakat Negeri. FOTO NAZDY HARUN

"Namun, mereka perlu ikut saluran yang ditetapkan iaitu menghadiri temuduga secara individu yang dipengerusikan oleh Mufti (negeri).

"Kita di Maidam merencana polisi, manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah pelaksana dan ianya diurus oleh Pesuruhjaya Agama negeri," katanya.

Menurutnya, buat masa ini hanya seorang sahaja ahli politik yang mendapat tauliah untuk mengajar agama di negeri ini iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Katanya, tauliah itu diberi secara automatik kepada Exco yang mengawal selia hal-hal berkaitan agama di negeri ini.

"Kita (Maidam) tiada halangan dan sesiapa yang berkelayakan boleh memohon untuk mendapatkan tauliah. Kalau tidak, orang tidak mahir agama boleh mengajar jugalah kalau begitu (tiada tauliah).

"Buat masa ini tiada permohonan dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau ahli politik untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di masjid dan surau di negeri ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terengganu-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.270974 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list