Malah, Ian sendiri akui dirinya takut untuk mendekati orang ramai selepas kejadian tersebut dan menolak untuk merakam gambar bersama peminat ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia.
“Ketika di lapangan terbang, ada juga yang mahu mengambil gambar bersama, tetapi saya masih rasa takut,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain kumpulan yang popular dengan lagu Jujur ini juga terpaksa membatalkan jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat kerana bimbang akan tahap keselamatan mereka.
Difahamkan, kekecohan tercetus berikutan salah faham antara pihak penganjur dan Radja.
Kumpulan itu mendakwa mereka tidak diberitahu tentang jadual penuh kehadiran ke di Johor Bharu termasuk sesi bertemu peminat.
Sumber: mStar