CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sharipah Sadiah buktikan kebaikan, ketulusan tidak kira agama

[Copy link]
Post time 16-3-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

SHARIPAH Sadiah membantu menjahit seluar sekolah Santosh (kanan) tanpa mengenakan sebarang bayaran. FOTO Ihsan pembaca.

Seremban: Berbeza agama dan bangsa namun itu bukan halangan kepada Sharipah Sadiah Khalid untuk membantu mengubah suai seluar sekolah remaja lelaki India tanpa mengambil upah.

Kisah itu mendapat perhatian selepas wanita berusia 40 tahun itu berkongsi cerita menerusi hantaran di Facebook (Fb).

Sikap Sharipah Sadiah yang tidak berkira itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata netizen memuji kebaikannya.

Berkongsi kisah sebenar, dia berkata, remaja lelaki itu, M Santosh, 15, datang berseorangan ke kedai jahitnya pada petang Ahad lalu.

"Saya selalu nampak dia dan kenal muka cuma tak tahu nama. Dia pun pernah tiga kali datang ke kedai saya untuk 'alter' seluar cuma kali ini dia datang untuk labuhkan.

"Warna seluarnya nampak lusuh dan melihat keadaan itu, timbul rasa kasihan kerana selalunya orang datang untuk potong tetapi dia pula minta labuhkan.

"Ikutkan tak boleh buat tetapi saya tak sampai hati nak tolak kerana kasihan jadi ambil juga," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Sharipah Sadiah, selepas seluar siap diubah suai, remaja lelaki berkenaan tidak datang ke kedainya.

Jadi, dia ambil inisiatif menghantar sendiri seluar berkenaan ke rumah remaja lelaki terbabit.

"Sepatutnya dia (datang) ambil kelmarin tetapi tidak datang dan kebetulan, saya tahu rumahnya kerana anak pernah main basikal dengannya.

"Maka, saya pun datang ke rumahnya untuk beri seluar itu dan remaja berkenaan terkejut mungkin kerana tak sangka.

"Dia dan ibunya nak beri upah tetapi saya tolak kerana memang niat nak bantu," katanya.

Berhubung hantaran di Fb yang tular, Sharipah Sadiah berkata, niatnya adalah untuk berkongsi kisah remaja itu yang dianggap satu contoh baik untuk anak muda lain.

"Saya bukan nak ceritakan dia (remaja lelaki) susah kerana nampak keluarganya tidak begitu malah rumahnya sangat bersih.

"Cuma, mesej cuba saya sampaikan adalah ada lagi anak muda kini yang bertolak ansur dengan ibu bapa dan tak desak untuk pakaian sekolah baru.

"Terkejut juga apabila tular namun rata-rata komen diterima positif malah ada yang minta saya masukkan duit ke akaun saya dan minta sampaikan sumbangan kepada remaja berkenaan," katanya.

Sementara itu, Santosh ketika dihubungi berkata, dia hantar seluar berkenaan untuk diubah suai kerana enggan menyusahkan ibu bapanya.

"Seluar itu baru dibeli pada tahun lalu dan masih elok cuma perlu dilabuhkan.

"Disebabkan itu, saya hantar untuk 'alter' kerana tak sampai hati nak minta ibu dan ayah beli yang baru.

"Lagipun, saya ada tiga adik beradik lain masih bersekolah dan ekonomi sekarang juga tidak baik jadi apa salah pakai yang lama," katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Warisan Puteri, di sini.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... an-tidak-kira-agama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.044558 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list