CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 0

[Johor] Sultan Johor titah pecat AJK masjid, surau benarkan penceramah tanpa tauliah

[Copy link]
Post time 16-3-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua DUN Johor ke-15, hari ini.- Foto Ihsan Medkom

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di negeri ini dipecat, sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah agama di negeri ini.

Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana penceramah agama yang hendak menyampaikan ceramah di Johor mestilah memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sehubungan itu, baginda menitahkan semua AJK masjid dan surau yang hendak menganjurkan ceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada MAINJ menerusi Pejabat Kadi Daerah.

"Permohonan kebenaran itu perlu menyatakan secara terperinci tajuk ceramah serta perkara yang ingin disampaikan ketika memberi ceramah agama.


"Sekiranya ada mana-mana masjid dan surau yang gagal patuhi peraturan ini, maka semua AJK masjid dan surau itu akan diambil tindakan serta dipecat.

"Tindakan tegas ini bukanlah menghalang program penyebaran ilmu Islam tetapi untuk mengawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarak yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Pada 8 Mac lalu, Sultan Ibrahim dilaporkan memperkenankan langkah MAINJ untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana individu yang didapati mengajar atau memberi syarahan agama Islam tanpa tauliah di negeri ini.

Tindakan undang-undang juga dilaporkan akan diambil terhadap penganjur acara atau program berkenaan yang dianggap sebagai bersubahat.

Mana-mana penganjur kepada acara mengajar dan memberi syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah dari MAINJ adalah melakukan satu kesalahan penyubahatan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau sedua-duanya sekali," katanya.

Mereka yang didapati mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini tanpa tauliah adalah melakukan kesalahan yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Mereka yang diambil tindakan atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, langkah tegas yang diambil itu juga adalah bagi mengawal golongan pelampau agama yang boleh mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam dan golongan muda yang kurang berilmu.

"Sehubungan itu juga, kerajaan harus meningkat mutu pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi bagi melahirkan generasi masa depan yangtinggi ilmu pengetahuan," titah baginda.

https://www.bharian.com.my/berit ... an-penceramah-tanpa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list