CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15571|Reply: 179

Harta suami RM98.5 Juta Kena Beku

[Copy link]
Post time 30-11-2010 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Suri rumah berjaya beku harta suami RM98.5 juta
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Seorang suri rumah hari ini berjaya me
mperoleh perintah pembekuan sementara (mareva order) dari Mahkamah Tinggi di sini ke atas harta suaminya yang dianggarkan berjumlah lebih RM98.5 juta.

Dengan adanya perintah sebelah pihak itu, suami kepada Fatimah Abdul Aziz, 61, tidak boleh mengeluarkan, melupuskan atau mengurangkan nilai asetnya yang berada di bawah namanya sendiri atau bersama sehingga pendengaran kes antara kedua-dua belah pihak (inter-parte) pada 9 Disember ini.

Antara aset-aset yang didakwa dimiliki oleh ahli perniagaan, Sannusi Ngah, 52, adalah saham-saham di tujuh buah syarikat termasuk di Budi Tenggara Sdn. Bhd. (Budi Tenggara) yang turut memiliki sebanyak 561,503 unit saham di Hartalega Holdings Bhd. (HHB) dan Hartalega Industries Sdn. Bhd. (HISB).

Lelaki itu turut didakwa memiliki kira-kira 10 akaun simpanan di beberapa buah bank termasuk di Lembaga Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Turut disenaraikan adalah akaun simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan keahlian kelab golf, sebuah kediaman dan polisi insurans.

Hakim Harmindar Singh Dhaliwal membenarkan permohonan tersebut selepas berpuas hati dengan hujah peguam, K. Shanmuga bahawa kes itu mempunyai merit untuk dihujahkan dan wujudnya risiko saham-saham tersebut akan dilupuskan.
Selain Shanmuga, Fatimah turut diwakili peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay.

Fatimah yang pernah bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat perdagangan komoditi memfailkan writ saman itu pada 22 November lalu dengan menamakan suaminya sebagai defendan pertama.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah abang iparnya, Md. Jais Ngah, 65, dan syarikat pelaburan, Budi Tenggara selaku defendan kedua dan ketiga.

Dalam saman tersebut, Fatimah mendakwa, suami dan abang iparnya secara bersama atau bersendirian telah menyebabkan Budi Tenggara melupuskan saham-saham dalam HHB iaitu di antara April 2009 dan Julai lalu.

Wanita itu mendakwa separuh daripada aset yang diletakkan di bawah nama Sannusi merupakan miliknya yang dipegang oleh suaminya selaku pemegang amanah.

Fatimah yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 16 tahun, juga kini dalam proses memfailkan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah di sini selepas mendakwa hubungan mereka menjadi keruh.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan, sepanjang perkahwinan mereka dan sebelum berhenti kerja selepas memperoleh cahaya mata pada 1994, beliau telah membuat pelaburan bersama Sannusi termasuk membeli sebuah rumah di Taman Tun Dr. Ismail, di sini.

Oleh yang demikian, Fatimah mendakwa, beliau merupakan pemilik bersama atau pemilik benefisial kepada aset-aset tersebut.
Sehubungan itu, beliau antara lain memohon satu deklarasi bahawa sejumlah saham dalam HHB dan HISB yang didaftarkan di bawah nama Budi Tenggara merupakan miliknya serta perlu dipindahkan ke atas namanya.

Fatimah turut memohon perintah agar defendan pertama hingga ketiga mendedahkan mengenai jumlah wang, keuntungan termasuk dividen dan bonus yang diterima oleh kesemua defendan atas saham-saham yang dimiliki serta jumlah yang sama hendaklah dibayar kepada plaintif.

Selain itu, beliau memohon ganti rugi am dan teladan serta faedah sebanyak lapan peratus ke atas sebarang jumlah wang yang ditetapkan oleh mahkamah.

Turut dituntut adalah kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2010 07:05 AM | Show all posts
Bila harta mengatasi segala2nya . Punah sebuah rumah tangga .






Dapat anak pompuan . Yang beruntung ialah lelaki yang dapat berkahwin dengan anak pompuan tersebut


























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:07 AM | Show all posts
Juga para lawyer . Komang2 pun dapat 1% dari jumlah tuntutan jika menang . RM 95 ribu . Aku rasa mungkin RM 300 ribu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:12 AM | Show all posts
Kaya juga melayu ni . Cam ner dapat harta sebanyak tu ? Mungkin dapat tender secara direct atau pakar main saham
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 07:42 AM | Show all posts
kayanyer.... kaya dari keturunan ke atas usaha sendiri ni...??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 07:47 AM | Show all posts
pompuan tu 10 thn tua dr laki dia....anak pon baru 16 thn....pompuan lagi berpengalam ler...maybe dia dah buat siap2 pembekuan harta tu...tgk background dia pon dah tau....tapi diaorg nie ada lam list rich kat malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2010 07:48 AM | Show all posts
bagus....cerdik pompuan nih....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 07:56 AM | Show all posts
Loyar dia ni Datuk Haaziq Pillay memang hebat Dulu mewakili Tengku Fahriz dlm kes saman isterinya model PINOT .Sekarang dah dapat Datuk tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 07:56 AM | Show all posts
kayanyer....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:04 AM | Show all posts
kaya nya,,,tp hari2 ade je kata rakyat kita merempat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:07 AM | Show all posts
kaya sungguh ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:07 AM | Show all posts
Dapat anak pompuan . Yang beruntung ialah lelaki yang dapat berkahwin dengan anak pompuan tersebut


Dapat anak pom ...
AboNawas Post at 30-11-2010 07:05


Apa lagi.. pikatlah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:09 AM | Show all posts
kayanyer.... kaya dari keturunan ke atas usaha sendiri ni...??
innova77 Post at 30-11-2010 07:42


Atau kaya dari isteri...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:00 AM | Show all posts
bapak kaya derang nie........
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:22 AM | Show all posts
bisnes hapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:45 AM | Show all posts
Kaya nye...juta...juta .... juta....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 10:04 AM | Show all posts
Atau kaya dari isteri...
maizana Post at 30-11-2010 08:09


bila dah makin kaya..laki plak lupa daratan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 10:11 AM | Show all posts
umur muda lg tu baru 61 tahun.....
saper2 berminat bole masuk meminang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 10:22 AM | Show all posts
kayanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 10:48 AM | Show all posts
umur 61....dpt anak thn 1994, so deliver masa umur 45thn.....hmmmm.....efek meroyan.......gila babas kayo........+lelaki pisau cukur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.423099 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list