Pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya Haris Ismail pulang ke kampung untuk mengadakan kenduri tahlil sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory Neelofa, pasangan suami isteri itu pulang ke kampung Neelofa terlebih dahulu iaitu di Pasir Mas, Kelantan sebelum ke kampung Haris di Kuala Besut, Terengganu.
Semasa dalam perjalanan menaiki kapal terbang, Neelofa juga sempat berseloroh dengan berkongsi petua rumahtangga iaitu jika ingin meminta handbag atau ingin pergi melancong, beritahu pasangan ketika waktu bising.
#Petuarumahtangga, masa-masa bising macam ni kita minta la nak handbag ke travel ke, tulisnya
Dalam perkongsian yang lain pula, Neelofa berpeluang makan nasi lemak lejen sejak zaman persekolahannya dulu. Nampak sedap pula Neelofa makan!
Walau bagaimanapun, anak lelaki pasangan ini iaitu Muhammad Bilal tidak ikut sama pulang ke kampung.
Seronoknya Neelofa dan Haris pulang ke kampung, dah lah kampung masing-masing pun tak jauh jadi tak perlulah "bergaduh", sekali jalan je.
Apapun, dalam video di atas jelas nampak "baby bump" kan. Pastinya ramai peminat dah tak sabar tunggu kelahiran adik Bilal. - CARI
|