View: 5944|Reply: 0
|
Buru ikan bersaiz jumbo guna umpan dedak khas
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD SHAHIRAN pernah menjinakkan ikan kelah bersaiz besar di salah sebuah tasik di Putrajaya.
Buru ikan bersaiz jumbo guna umpan dedak khas
AKTIVITI memancing sudah menjadi salah satu hobi yang sangat sinonim dengan golongan lelaki, khususnya mereka berasal dari kawasan kampung dan luar bandar.
Malah, aktiviti yang dilakukan sejak kecil ketika di kampung itu diteruskan sehingga kini meskipun telah menetap di kawasan bandar disebabkan faktor kerjaya.
Itulah situasi dialami oleh Muhammad Shahiran Shair yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Kini, dia menetap di Kajang, Selangor sejak 10 tahun lalu.
Jelasnya, hobi memancing sudah menjadi aktiviti rutinnya sebagai budak kampung ketika kecil.
Katanya, dia kerap mengikut bapanya memancing di beberapa lokasi sama ada tali air, sungai dan tasik.
“Hobi memancing ini memang sudah ada dalam diri saya sejak kecil lagi. Namun, saya mula serius menjadi kaki pancing sejak 2010 selepas tamat pengajian.
“Ketika itu saya sudah mula bekerja dan mempunyai gaji. Jadi, saya sudah mampu memperuntukan wang untuk membeli peralatan lebih baik dan memancing bersama rakan-rakan pada setiap minggu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai hobinya itu, Muhammad Shahiran berkata, disebabkan kediamannya terletak di Kajang, maka dia banyak menghabiskan masa memancing ikan air tawar di tasik, kolam atau sungai.
Antara lokasi yang kerap dikunjunginya adalah beberapa lubuk ikan di sekitar Kajang, Bangi, dan Putrajaya.
“Biasanya, saya akan menggunakan teknik bottom dengan meletakkan umpan dedak pada mata kail spring untuk memburu pelbagai spesies ikan air tawar.
“Antara lokasi kesukaan saya adalah di Pusat Rekreasi Air Putrajaya dan Wetland, Putrajaya.
“Di situ, terdapat pelbagai spesies ikan seperti rohu, kelah merah, lampam dan toman. Saya hanya menggunakan umpan dedak bagi membiasakan ikan-ikan di situ dengan makanan berkenaan,” katanya.
Mengulas mengenai umpan pula, Muhammad Shahiran berkata, dia akan mencampurkan dedak kucing atau dedak 959 dengan perisa pandan dan roti.
Bagi menarik ikan menghampiri umpan, dia akan menggunakan minyak khas ciptaannya sebagai campuran untuk menguatkan bau.
“Saya dapat ilmu mengenai umpan ikan air tawar ini daripada seorang kaki pancing yang sudah lebih sedekad memancing di tasik sekitar Putrajaya.
Rohu merupakan salah satu spesies yang sering didaratkan oleh Muhammad Shahiran di tasik sekitar Putrajaya.
“Hasil ilmu dikongsikan itulah, saya berjaya menghasilkan campuran umpan yang mampu menarik ikan bersaiz besar.
“Antara ikan paling besar yang pernah saya dapat di Wetland adalah spesies rohu seberat 11.8 kilogram.
“Saya juga pernah menaikkan kelah merah bersaiz besar di lokasi sama sebelum ini,” katanya.
Katanya lagi, jika memancing di Wetland, dia akan pergi bersama beberapa rakannya dengan menyewa sebuah bot untuk menuju ke lubuk ikan.
Jelasnya, mencari lubuk ikan di situ sangat mencabar kerana dia perlu berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain yang mengambil masa sehingga beberapa jam.
“Pernah sebelum ini, saya ‘turun’ memancing pukul 9 pagi. Setelah berpindah ke beberapa lokasi, pada pukul 5 petang baru saya jumpa lubuk ikan.
“Akhirnya, saya berjaya menaikkan rohu bersaiz besar di situ,” ujarnya.
Ceritanya lagi, faktor cuaca memainkan peranan dalam usaha memburu spesies ikan air tawar kerana sifat haiwan itu boleh berubah-ubah.
“Ada ketikanya, ikan tidak akan menyentuh umpan jika hujan atau selepas hujan. Ada masanya ikan sangat ‘galak’ makan umpan walaupun ketika hujan turun dengan lebatnya.
Tambahnya, semua ikan yang berjaya dinaikkan akan dibawa pulang untuk dijadikan hidangan dan dia juga gemar berkongsi rezeki tersebut bersama jiran dan rakan-rakan.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... a-umpan-dedak-khas/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|