CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28500|Reply: 346

Karma Sudah Datang : Belum bayar ganti rugi RM60,000 kepada Hidayah, Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita

  [Copy link]
Post time 19-3-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PELAWAK Ali Puteh terkejut apabila menerima surat dari mahkamah memaklumkan kediaman milik Allahyarham ibunya iaitu Sabariah Arshad di Batu 10 Gombak, Selangor bakal disita.

Ia berikutan kegagalannya melunaskan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000 yang diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, dia bukannya enggan membuat pembayaran tersebut tetapi sumber kewangannya terjejas sejak berlaku kemelut melibatkan dia dan balu arwah abangnya itu.

"Ya memang belum buat pembayaran sebab kes ini pendapatan saya sudah tidak seperti dahulu. Kerja dah tak ada... bukan saya nak tolak membayar RM60,000 itu, saya akan bayar cuma saya tak boleh nak 'campak' sekali gus.

"Saya pun ada tanggungan dengan kerja yang tak ada langsung. Mungkin saya cuba bayar secara ansuran.

"Saya pun terkejut apabila dapat panggilan dari bapa saudara mengatakan rumah peninggalan arwah mak saya di Batu 10, Gombak mahkamah keluar perintah untuk menyita," katanya.

Ali mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama program Melodi yang bersiaran pada Ahad.

Dalam pada itu, Ali memberitahu berasa pelik mengapa harta peninggalan ibunya dijadikan cagaran untuk di sita memandangkan kes melibatkan dia dan Nor Hidayah tiada kena mengena dengan orang lain.

Jelas Ali, rumah peninggalan tersebut bukan di atas namanya dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

"Saya pelik, ini harta arwah mak saya kenapa pula dijadikan cagaran atau pun sita... Kes RM60,000 antara saya dengan balu arwah abang saya tapi pelik kenapa harta arwah saya dicampur-aduk dalam kes itu.

"Rumah itu atas nama arwah mak bukan saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

"Saya tekankan, kes ini berlainan, kes saya dengan balu lain, kes faraid lain. Tak sama," jelasnya.

Ali berkata, dia tidak takut dengan apa yang berlaku namun memilih berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya diam bukan sebab saya takut tapi tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukup orang maki hamun saya bertahun-tahun. Sebab bila keluar mahkamah kalah cakap apa pun tak akan betul.

"Saya minta jasa baik keluarga balu berhenti video fitnah, kalau awak perlukan RM60,000 untuk saya bayar. Insya Allah selagi ada daya ada rezeki saya cuba bayar. Tak payah nak tunjuk siapa yang betul lagi dah buat masa ini," ujarnya.

Sebelum ini, Nor Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial yang didakwa menjatuhkan maruahnya.

Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Nor Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Hidayah memenangi saman fitnah terhadap Ali dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak itu membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

P/s - apa yg diselindungkan sampai rumah arwah mak abam disita utk setelkan hutang ali itam? Nama dah tuka ke nama dia ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tinggalan ibu ka tinggalan abam?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahkamah bkn senang2 kuar surat sita...hg tu yg kaki pusing dan xpaham undang2..asik duk kata org salah je...kata xdak keje tp sakan p mancing..bkn morah kot trip2 mancing tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompius kalau dah atas nama arwah maknya kenapa pulak boleh kena sita? Yg keluarkan surat sita tu pun mahkamah. Setahu aku takde plak mahkamah boleh keluarkan surat sita atas nama org lain. Ali ni menggoreng apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:09 PM | Show all posts
Sebut anak lah pula, habis kau ada ingat anak arwah abang kau masa you kebas segala mala
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila tanya mahkamah. Ada anak kecik konon. Waktu arwah Abam meninggal, bukankah Hamzah jugak masih kecik. Ingat anak orang sebelum kau ingat anak ko. Soal hati perut kau dulu sebelum mempersoalkan hati perut orang lain. You get what you earn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru skrg fikir pasal anak kecik? Hamzah masa baby dah jadi anak yatim sedap2 kau aniaya dia n Mak dia ..masa tu kau tak fikir pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 19-3-2023 07:05 PM
Kompius kalau dah atas nama arwah maknya kenapa pulak boleh kena sita? Yg keluarkan surat sita tu pu ...

Aku pon pelik..kenapa mahkamah nak sita harta mak dia. Ke mak dia dah tuka ke nama dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul rumah mak arwah pun kena sita? Betul2 cash tanpa ansuran gittuh! Tak tunggu duit kutu bulan depan. Dari ada harta habis hilang segalanya. Punya la tuhan tak suka kat ko ali puteh oi, tu la pergi penggal kepala bengkarung lagi. Apa la dosa bengkarung tu sampai ko bagi dia jadi penanggal.

Siap gigih tabur daun limau purut, garam kat pagar untuk fitnah orang. Baik ko tabur sekali serai, bawang holland, cendawan inoki, udang dan sos ikan untuk buat tomyam. Bebal betul bodohnya tu! Yih! Ziziq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 19-3-2023 07:12 PM
Biar betul rumah mak arwah pun kena sita? Betul2 cash tanpa ansuran gittuh! Tak tunggu duit kutu bul ...

Komen kaka dud x pernah tak tepat
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah2 dayah tu blh je jual cempedak goreng tepi jln... Ko suh la bini ko meniaga tepi jln tu... Org x knal bini ko so x de masaalah kn boikot... Jgn la pulak letak nama ko kat banner tu dha la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tu dah jadi milik dia dan adik beradiklah kan sebab mak dia dah meninggal. Pasal tu boleh kena sita. Cepat2 lah pi mintak maaf. Serahkan segera rumah arwah abam pada hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:23 PM | Show all posts
Apabila ko amik sesuatu yang bukan hak kau
Itu lah jadinya
just the  beginning
silap aribulan dengan rumah enko sekali kena sita
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
"Rumah itu atas nama arwah mak bukan saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.


Time ko buat dayah dulu, ada ke hati hudi ko pada anak abam?
Ko ingat dayah boleh pilih ke harta nak disita?
Padan muka ko ali hitam!
Memang tak senang hidup ko selagi ko buat dayah dengan anak abam macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih tertarik dengan penggunaan perkataan "campak" yg digunakan oleh Ali. Wahhh.. tetap jugak nk tunjuk lagak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:26 PM | Show all posts
Amboi kalau ada duit nak campak kt dayah. Kau ni dah tahap miskin ceni pun cakap nak membongak lagi. Tu cerita takdak duit ya Cuba ada duit ntah apa dia buat kat dayah.

Mesti dia yg putar belit fakta sbb sendiri x tau undang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah mak dia la kot pastu dah faraid, masuk nama dia, memang kena sita ler.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:27 PM | Show all posts
apa video fitnahnya? dah kau memang hazab
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aku masih tertanya … mana kete alphard yang dijaga itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 19-3-2023 06:23 PM
Apabila ko amik sesuatu yang bukan hak kau
Itu lah jadinya
just the  beginning

Dia ada rumah ke? Dia duduk mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.221848 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list