CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10596|Reply: 7

Kritik persembahan Jennie Blackpink, pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat

[Copy link]
Post time 20-3-2023 11:52 PM | Show all posts |Read mode

Kiky (kanan) diselar peminat Jennie (kiri) kerana mengkritik persembahan penyanyi itu. – Instagram

Kritik persembahan Jennie Blackpink, pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat

JAKARTA – Seorang pelawak Indonesia menjadi mangsa kecaman peminat fanatik Jennie daripada kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink selepas mengkritik penyanyi itu yang dikatakan kelihatan kurang bersemangat ketika mengadakan konsert di Jakarta minggu lalu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kiky Saputri, ‘diserang’ peminat Jennie di akaun media sosialnya sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan monyet.

Kiky sebelum itu mengeluarkan komen terhadap persembahan Jennie yang dikatakan kelihatan letih, malas dan tidak bersemangat ketika konsert Blackpink di Jakarta.

Kritikan tersebut tidak disenangi peminat Blackpink dengan ramai mendesak Kiky agar meminta maaf dan berfikir dahulu sebelum mengkritik.

“Sungguh kelakar si Kiky. Wajah seperti monyet. Semoga anda menjadi mandul. Boleh terima?” demikian menurut komen seorang netizen.

Kiky kemudian tampil menjawab kenyataan peminat itu dengan berkata: “Tidak dapat menerima idola mereka dikritik kelihatan penat. Tidak boleh ada orang lain yang bergurau atau memberi pandangan mengenai idola mereka (meskipun itu kenyataan).”

Tambah pelawak itu, keletihan adalah perkara biasa yang dialami seseorang bergelar artis. Namun, mereka tetap perlu bersikap profesional kerana peminat telah membayar harga tiket untuk menonton konsert.

“Kita menonton, kita bayar dan kita boleh memberikan pandangan. Itu pun dengan gurauan dan bukannya hinaan.

“Anda perlu faham sekiranya idolanya penat kerana mengadakan konsert di sana sini, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada mutu persembahan. Namun, kerana mereka dibayar secara profesional, harus bersikap profesional. Ada orang berpendapat dia bagus, namun kalau ada yang berpendapat sebaliknya, kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... a-diserang-peminat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo igt pnah bce rose yg nmpak main2/ sexi terpaling or xbersemngat.. jenny plak ye. Lisa n jisoo xpnah dgar lg cite cmni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
gold_teeth replied at 21-3-2023 06:37 AM
Ooo igt pnah bce rose yg nmpak main2/ sexi terpaling or xbersemngat.. jenny plak ye. Lisa n jisoo xp ...

Selalu Jennie je uols yg dikritik malas ni sejak a few years back pun, sejak kecederaan kat kaki dia tue, Rose kene kritik lip sync masa lagu on the ground sheols lst year
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk dance practice jennie. Dia memamg jenis dance malas2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak orang kaya. Buat kerja pun cincai. Padehal peminat beli tiket mahal2. Bagi dia duit takde makna. Ahli lain ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jennis ni mmg selalu fancam tunjuk dia menari ala kadar. Kalau jisoo hari tu fancam tunjuk dia lupa step menari

Untung la muka lawa. Walaupun jisoo tu mukanya basic yang amat. Berdiri sebelah anya dlm komersial dior, nmpk who are yus sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 12:40 AM | Show all posts
toxic nya fandom kpop

dia cuma komen minah peberet korang tuh takda semangat nak perform dlm konsert berbayar. tiber kutuk muka monyet la didoakan mandul lah. yg paling siyal, retis pun biarkan jah pemenat2 dia org 'serang' siapa2 yg tak sealiran dlm socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:26 AM | Show all posts
Fans.....crazy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039761 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list